Friday 18 December 2009

kelebihan bulan MUHARRAM

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur kita hingga sampai ke permulaan tahun yang baru ini.Muharram ialah permulaan bulan dalam Islam mengikut kiraan tahun Hijrah.Nama-nama bulan dalam Islam wujud setelah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, kerana sebelum hijrah,kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Nasrani.

Antara kelebihan yang dimasyhurkan ialah hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .

(متفق عليه)

Maksudnya :

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.



Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع

Maksudnya :

Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.



Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.

Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta berjayanya cita-cita dan azam yang akan datang.

Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.

Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala; 10,000 haji dan umrah dan 10,000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.

Peristiwa pada hari Asyura:
1.Allah menjadikan tujuh petala langit dan bumi, gunung-ganang, bintang-bintang di langit
2.Luh Mahfuz dicipta
3.Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa diciptakan serta memasukkan keduanya ke syurga.
4.Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu.
5.Taubat Nabi Adam a.s. diterima
6.dibukakan bala bagi Nabi Ayub
7.diampun dosa Nabi Daud a.s.
8.kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan
9.terbelah laut merah dan tenggelamnya Firaun
10.terselamatnya bahtera Nabi Nuh a.s.

Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura. Dalam riwayat yang lain umat Islam disuruh membanyakkan beramal pada hari Asyura seperti perkara-perkara sunat: sembahyang, puasa, sedekah, mandi, ziarah orang-orang alim, orang sakit, menyapu kepala anak yatim, membuat jamuan kenduri kepada keluarganya,' memotong kuku, bercelak, membaca surat Ikhias banyak-banyak,menghubungkan silatur rahim jiran tetangga sanak saudara.

Amalan-amalan tersebut di atas mempunyai pahala yang banyak dan sangat tinggi nilainya, semua ini digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.. mengambil sempena peristiwa-peristiwa yang pernah dialami samaada pahit maungnya, duka jayanya berhijrah dari Mekah ke Madinah, dan Nabi-nabi yang lain juga ditimpa duka dan jayanya dalam bulan Muharam dan hari Asyura yang tersebut.

Mengingat kelebihan hari Asyura atau hari kesepuluh ini. dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah memilih tiga macam sepuluh dalam setahun iaitu:
1.sepuluh yang akhir bulan Ramadan yang dimasyhurkan dengan amalan malam LailatuI Qadar
2.sepuluh Zulhijah yang dimasyhurkan dengan amalan hari Tarwiah dan Arafah serta korban atau menyembelih binatang-binatang ternakan untuk tujuan taqarruban kepada Allah
3.sepuluh hari Asyura yang mana peristiwanya pernah dialami oleh para nabi sejak nabi Adam a.s. hingga kepada Baginda Rasutullah s.a.w.

Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita mencuba sebaik-baiknya untuk membuka lembaran baru dalam hidup kita dengan penuh perasaan yang mengharapkan keredhaan dari-Nya.Semoga beroleh pahala ganjaran dan diangkat darjat disisi Allah SWT.

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

Friday 4 December 2009

insyirah's trifle 3 storey

salam khusyi semua,

memandangkn ramai(ramai la sgt) yg dok tanye psl recipe trifle ni,so i'd love to sharelah with u guys this simple recipe...x susah pn nk bwat die..


BAHAN2;

1.3 biji cake;ofcourse,choose layer cake yg bole ddapati d mane2 kedai berhampiran,
make sure ambik yg pelbagai perisa,cm strawberry,coklat,or perisa biase pn xpe

2.3 kotak jelly;jelly pn ambik mcm2 perisa,rambutan ke durian ke(klu adela) utk nk
pelbagaikn rase

3.custard;ok custard ni semua org tanye mcm mane nk dpt kat cni,tp sebenarnye ade,
ckp je kat ammu tu aiz custard,nnt die tunjuk 'tu' atau 'de'

4.buah koktel;klu ade koktel yg campur tu lg sedap,tp sepnjg
sy bwat cm xde je,so ambik la koktel buah mangga ke,peach ke,strawberry ke manggis
ke...

5.then...ape lg ekk..tu jela kn?..hurmm ok tu je...x banyak bende pn,mehh kt gi pada
method die...



METHOD;
1.mule2 masak jelly2 yg telah dibeli tu,jgn campur semua,masak satu2..then masuk dlm
peti ais utk dsejukbekukan...next,

2.ambik tupperware yg besar nye,klu lg beso,lg baguih...then potong kek tu
kire 5 mm,x yah kire la,anda tau2 sendiri2...then dh potong semua kek yg beli
susun dlm tupperware tu,lenyet2kn die hingga sebati,penuhi ruang tupperware tu

3.bwk kuar jelly yg dh beku tu,then lenyet2kn die(main lenyet2 je semua) atas kek yg
dlm tupperware tu....

4.then continue buat aksi mcm ni smpi habis semua cake yg dpotong dan jelly yg beku
tu,but make sure jelly tu berada di atas sekali ye...

5.masak custard,gune 1 cawan susu,sry lupe nk letak dlm bahan2 td...klu nk manis
tambah la gula dlm custard tu,tp slalunye sy x tambah sbb mmg dh maneh pn bhn2 td
tu...

6.letakkn custard yg dh masak tu atas trifle separuh siap td...

7.last n also the least,bukak tin koktel tu,gunela pelbagai care pn,gune lesung batu
ke...taburkan buah2 tu atas trifle tu...yg lebihan koktel tu bole suap kat kwn,
xde masalah...

8.tadaaaaaaaaa...dh siap...tp xde gambar la,klu u guys dh bwat bole hantaq gambaq
kat blog ni,bole paste dlm blog neyh nnt..huhu


ok tu je stakat ni yg nk kongsi dgn u guys semua,recipe2 lain akn dpertimbangkn..hehe
selamat mencube!! ni boleh renung2kn ape yg luffy tuleh kat bwh,die saje je letak anonymous...

from...bruno=)



Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

Wednesday 2 December 2009

cantiknya jalanNya

salam a'layk to everyone...

hehe...rasa excited sebab dah lama tak post entry baru...masing2 dh
dh post entry,kekeringan idea actually...

wow...recently banyak sangat benda2 yg sy go through...penat sangat,kadang
rasa macam nk ckp,cooopppp...or twit2 mcm teddy slalu ckp,but bile ingat

''Allah takkan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuanNya''rasa legalah
skit...yeap2 Allah kn sayang bangat hambaNya...mcm kata sorg saudara yg sy ingat
sampai sekarang betapa saygnya Dia kat kita,ibaratkn sorg mak ni kuis nyamuk
yg cube nk gigit kaki anaknye,Allah lglah sygkn kt lebih drpd kasih sayg mak
tu pada anaknya,n kalau mcm tu takkan la Dia sanggup utk campak kt ke neraka.
tp entry kali ini bkn nk ckp pasal neraka ke ape..wuihh seramm oo...

kt lepak sket..kt ckp sal perjalanan...perjalanan hidup kt yg complicated,hurmmm
susah,mmg susah,kalau x x delah kt ni dinobatkan sbg the best creation of Allah,
xkn la kt nk hidup kat dunia suka-suki tanpa ade skit pn rasa teruji,tercabar..

mcm ayat ni ''adakah manusia memikir mereka diciptakan hanya untuk main2 sahaja,dan mereka tidak akn dikembalikn?''

sy create 1 cerita la ehh,hurmm...kadang dlm kt berjalan menuju jln
yg straight tu kt rasa cm peritnya,so kt change lane jap,ikut kiri,dh ikut kiri,
kt rasa cm x sesuai kot jln ni dgn kt,so kt tukar plak,try ikut kanan,ikut
kanan pn cm pelik plak,terlampau jauh plak dr tujuan kt berjln yg sebenarnye,
then only kt realised..ohh jalan yg lurus ni lah yg betul..biarlah susah mcm mane
pn,mcm2 hurdles n cautions kt kene go through tp dsetiap pit stop tu ade papan
tanda yg mengatakn jalan ini selamat,dan anda diberi ganjaran selepas anda lalui
jalan2 ni..dtambah pula dgn kisah2 org yg dipilih utk lalui jln yg susah ni n nasihat dari mereka...itulah yg menjadi bekalan semangat kt..tp dlm menempuh jln tu,
mungkin kt tak sedar,ade yg sedang menghulurkn bantuan makanan,minuman,dan mungkin
Dia juga yg alihkan hurdles2 yg kt sukar utk lalui,supaya senang skit jalan kt...
macam tulah nk katenye jalan dlm kacamata hidup manusia neyhh,,sedikit sebanyak,
sy x pandai sgt bg perumpamaan neyhh..baru 1st tyme,harap x merepek la

fuhh..penat cakap sal jale2 ni,blom lg dberi tajuk perjalanan ke bukit sinai ke
mane an....ape2 pn,walau susah cmne pn,sy slalu fikir,dgn nikmat mata yg diberi,
nikmat mkn minum,nikmat kedamaian,mmg x layaklah utk nk merungut,bknnye
dsuruh berperang keluarkn pedang,harta benda cm sahabat2 semua dulu or saudara2 kt yg kat seberang sana...cuma paling2 pn berperang dgn nafsu sendiri je...betapa
manjanya sy fikir kalau nk lawan nafsu sendiri pn nak melatah,mcm mane la nk dpt ganjaran kat akhir jln tu..mmg x layak!

oklah dh penat baca entry neyhh meh kt dgr lagu yg beshh neyhh

mp3 pLayeR

HYE!!!!