Salam warrahmatullahhi wabarrakatuh,
Segala puji bagiNya yang menjadikan langit tertegaknya tanpa sebarang tiang pun.
"Dan Kami telah membina kepada kamu tujuh petala (langit) yang kuat dan kukuh?''
(An-Naba': 78:12).
DariNya kita datang, kepadaNya kita dikembalikan, biiznillah, hidup ini keranaNya...
Sebenarnye dah lame dah nak buat post ni tapi oleh sebab masa yg mencemburui saya kerana urusan study, jadi ditangguhkan, untuk bulan Mei tak sempat nak kongsi ape-ape...sangat-sangat sedih, sebenarnya =(...tak tau la masa yang terbuang tu untuk apa(benda mengarut la tuh)...hurmmm.
Untuk post kali ini, saya nak berkongsi mengenai idola terbaru saya, Maryam binti Imran. Sebenarnya dah lama dah nak cerita mengenai beliau, tapi sumber tak cukup padat, jadi tak boleh la nak cerita panjang-panjang, macam tak best pulak nanti kan, ade 2 sumber, satu dari buku kawan (thanx aisyah!) nama dia "Wanita yang dirindui syurga'', dan satu lagi dari "
Kisah-Kisah Quran'' atau Qasasul Quran, karangan Amru Khaled, beliau ni sangat famous la kat mesir ni, sebab buku-buku dia memang menarik, tapi dalam bahasa arab, so kalau nak tau, kene tanya yang pakar(kakak-kakak senior la).
Okay, enough talking about the books, siapa yang tak kenal satu-satunya kaum Hawa yang mempunyai surah dalam Al-Quran, dan dikatakan dalam surah tersebut, beliaulah sebaik-baik perempuan di zamannya.
Sebelum tu, let me share with you the details about this special woman,
Maryam binti Imran ini dilahirkan dalam keadaan tidak berbapa, ibunya pula telah bernazar untuk menjadikannya seorang abidah (orang yang beribadah), bapanya seorang alim ulama' yang terkenal pada ketika itu, hasil dari kedua insan yang masya-Allah ini, lahirlah seorang wanita yang dikatakan sebagai sebaik-baik wanita di zamannya itu.
Beliau kemudiannya dijaga oleh Nabi Zakariya a.s, sehinggalah beliau didatangi Jibril yang menyatakan beliau akan dikurniakan seorang anak,
''Sesungguhnya aku pesuruh tuhanmu untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci'' (Maryam: 19:19).
Dengan terlahirnya Nabi Isa a.s, maka terlahirlah juga ujian untuknya...
Post ini bukan untuk menceritakan kisah beliau semata-mata kerana saya pasti kebanyakkan dari kita telah mengetahuinya, senang saja pun sumbernya, Quran kan ada, tapi apa yang ingin saya highlight adalah sifat-sifat beliau, that most of us are lacking from it, and it's a sad scenario, actually.
Dikatakan dalam buku Qasasul Quran itu, Allah s.w.t memuji Maryam dengan sebaik-sebaik pujian, dan dikatakan juga beliaulah sesempurna wanita pada zaman tersebut, beliau memiliki sifat kelembutan, tabah, kasih sayang sebagai seorang ibu, sabar dan macam-macam lagi sifat yang ada sebagai contoh wanita yang terbaik.
Saya kagum apabila membaca buku tersebut, betapa agungnya kecintaan beliau kepada Allah, dan betapa Allah menyanyangi dan memuji beliau, sehingga dinobatkan sebagai sebaik-baik wanita di zamannya, dan dalam buku tersebut juga menyatakan bahawa, dalam hati beliau tiada ruang lain selain dari Allah Yang Maha Esa, subhanallah.
Tajuk entry kali ini pun saya mengambil salah satu dari sifat beliau iaitu lembut atau hanan atau haluna, dalam ketabahan beliau, dan kecekalan beliau mengahadapi segala ujian yang diberikan, terserlah juga sifat kelembutan beliau.
Jadi suka untuk saya seru sahabat yang dicintai fillah sekalian, agar contohilah beliau dalam segenap perkara, bukankah Quran itu diturunkan sebagai rahmat dan petunjuk seluruh alam?.
Jadikanlah beliau sebagai idola kita, kerana bukan saya yang menyatakan beliau sesempurna wanita itu, bukan juga pengarang buku itu, tetapi Allah lah yang menyatakannya, dan beliau juga dilahirkan sebagai teladan untuk kita semua, seperti yang kita semua tahu, kita dilahirkan di bumi ini untuk menjadi teladan antara satu dengan yang lain...
Hari ini,
sebagai seorang muslimah,
kita ini jauh api dari panggang,
untuk dibandingkan dengan beliau,
jika ingin menjadi seperti beliau,
memanglah mustahil,
tetapi tiada salahnya kita mendekati kesempurnaan,
malah untuk keuntungan kita juga.
Hari ini juga,
perempuan yang paling cantik dan sempurna,
pada mata kita,
adalah yang mengayakan pakaian,
yang dikatakan paling sempurna
sedangkan secara fitrahnya,
perempuan itu tempatnya adalah di rumah,
jauh dari mata-mata yang tidak menyenangkan.
Kita telah lari,
telah jauh,
malah sangat jauh,
dari apa yang sepatutnya,
dari apa yang sepatutnya,
telah lupa,
atau paling teruk lagi,
tidak mengendahkan apa yang diajari,
kita sibuk, teramat sibuk,
dan leka dengan cinta dunia,
dan cinta yang tidak bererti.
Bukan lagi seperti Maryam,
yang hanya ada Allah sahaja dihatinya,
kelembutan kita hilang,
satu-satunya sifat yang ada pada kita
dan bukan pada kaum adam,
begitu juga dengan sifat malu.
Masakan tidak,
jika kes pembuangan bayi,
setiap tahun,
seperti bermusim, diadakan,
manakah perginya sifat kasih sayang,
yang dipuji Allah kepada Maryam,
yang sama sekaum seperti kita?,
Manakah perginya sifat kecintaan padaNya,
yang ada pada beliau,
yang sama juga kaum seperti kita?,
manakah perginya sifat sabar,
dengan segala tomahan dan ujian
yang ada pada beliau,
yang juga sepatutnya ada pada kita?
Manakah perginya kesemua mutiara itu?.
Entry ini saya tujukan dengan niat,
untuk kita sama-sama,
mencontohi yang terbaik,
yang disebut dalam Kalamullah.
Entry ini saya seru,
untuk kita sama-sama
mencari siapakah idola sebenar,
dan yang paling
layak dijadikan idola oleh kita.
Entry ini saya harap,
dapat membuka
mata-mata kita,
yang sentiasa kabur dengan
kecerahan dan kesilauan duniawi,
yang fana.
Dan dengan entry ini juga saya harap,
kita dapat kembali kepada Islam yang sebenar...insyaAllah.
''Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang''
Saidatina A'isyah Radiallahuanhu.
wallhua'lam.
by: L.m.
Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain. -anonymous-