Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memanjangkan umur kita hingga sampai ke permulaan tahun yang baru ini.Muharram ialah permulaan bulan dalam Islam mengikut kiraan tahun Hijrah.Nama-nama bulan dalam Islam wujud setelah hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, kerana sebelum hijrah,kiraan bulan atau nama bulan mengikut nama bulan dan tahun Masihi, yang dikira dari lahirnya Nabi Isa a.s. oleh pengikut-pengikut Nasrani.
Antara kelebihan yang dimasyhurkan ialah hari Asyura. Asyura bererti hari kesepuluh daripada bulan Muharam, sementara hari kesembilan dikenal dengan hari Tasu'a. Barang siapa yang berpuasa sunat di kedua-kedua hari tersebut, diberi pahala yang banyak oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه .
(متفق عليه)
Maksudnya :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari Assyura dan baginda menyuruh orang supaya berpuasa.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : صوموا يوم عاشوراء ، وخالفوا فيه اليهود ، صوموا قبله يوما ، أو بعده يوما . وفي رواية : لئن بقيت إلى قابل لأصومن اليوم التاسع
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku akan berpuasa hari yang ke-9.
Umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun atau membanyakkan bacaan ayat Kursi dan lain-lain doa bagi memohon kepada Allah s.w.t. supaya diampunkan dosa yang lalu, serta berjayanya cita-cita dan azam yang akan datang.
Ulama-ulama salaf as-shufi mengatakan bahawa Rasulullah SAW mengulang-ulang kalimah:
Sebanyak tujuh puluh kali pada hari Asyura. Dan diriwayatkan oleh hadis yang lain mengatakan bahawa barang siapa membanyakkan bacaan hingga akhir ayat, orang itu tidak akan mati melainkan dalam iman.
Di antara kelebihan hari Asyura, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala; 10,000 haji dan umrah dan 10,000 orang syahid. Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Peristiwa pada hari Asyura:
1.Allah menjadikan tujuh petala langit dan bumi, gunung-ganang, bintang-bintang di langit
2.Luh Mahfuz dicipta
3.Bapa manusia Adam a.s. dan ibu Hawa diciptakan serta memasukkan keduanya ke syurga.
4.Nabi Ibrahim a.s. juga diputerakan dan diselamatkan dari dibakar api kekejaman Raja Namrud pada hari itu.
5.Taubat Nabi Adam a.s. diterima
6.dibukakan bala bagi Nabi Ayub
7.diampun dosa Nabi Daud a.s.
8.kerajaan Nabi Allah Sulaiman dikembalikan
9.terbelah laut merah dan tenggelamnya Firaun
10.terselamatnya bahtera Nabi Nuh a.s.
Demikianlah keistimewaan dan kelebihan bulan Muharam dan hari Asyura. Dalam riwayat yang lain umat Islam disuruh membanyakkan beramal pada hari Asyura seperti perkara-perkara sunat: sembahyang, puasa, sedekah, mandi, ziarah orang-orang alim, orang sakit, menyapu kepala anak yatim, membuat jamuan kenduri kepada keluarganya,' memotong kuku, bercelak, membaca surat Ikhias banyak-banyak,menghubungkan silatur rahim jiran tetangga sanak saudara.
Amalan-amalan tersebut di atas mempunyai pahala yang banyak dan sangat tinggi nilainya, semua ini digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.. mengambil sempena peristiwa-peristiwa yang pernah dialami samaada pahit maungnya, duka jayanya berhijrah dari Mekah ke Madinah, dan Nabi-nabi yang lain juga ditimpa duka dan jayanya dalam bulan Muharam dan hari Asyura yang tersebut.
Mengingat kelebihan hari Asyura atau hari kesepuluh ini. dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah memilih tiga macam sepuluh dalam setahun iaitu:
1.sepuluh yang akhir bulan Ramadan yang dimasyhurkan dengan amalan malam LailatuI Qadar
2.sepuluh Zulhijah yang dimasyhurkan dengan amalan hari Tarwiah dan Arafah serta korban atau menyembelih binatang-binatang ternakan untuk tujuan taqarruban kepada Allah
3.sepuluh hari Asyura yang mana peristiwanya pernah dialami oleh para nabi sejak nabi Adam a.s. hingga kepada Baginda Rasutullah s.a.w.
Oleh itu kepada umat Islam sekalian, marilah kita mencuba sebaik-baiknya untuk membuka lembaran baru dalam hidup kita dengan penuh perasaan yang mengharapkan keredhaan dari-Nya.Semoga beroleh pahala ganjaran dan diangkat darjat disisi Allah SWT.
Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-
Friday, 18 December 2009
kelebihan bulan MUHARRAM
Wednesday, 13 May 2009
millions of thanks.
Bismillahirrahmanirrahim,
so satu paper sudah habes, maka sperti biaser, insyirahlovers tidak akan mampu duduk diam di rumah..
so, we decided to go off to cairo!!! (except for bruno, bcoz she had other plans..hehe)
cairo semnanyer tidaklah begitu menyeronokkan pon..sbb bandar sebok itu, kdg2 menyakitkan kepale..i call it the city of decisions, ur making decisions every second ur in that city.. but sumhow, kami dapat merasakan bhw trip kali ini akan menjadi lebeh menenangkan..and it was.
trima kasih banyak2 to our ever-so-commited musyrifs.. u kno whu u are..namer dirahsiekan ya, kerana musyrif2 best hanya untk kami..wahaaaa..boleh ke?
also many thanks to kak battah and darling aisyah for you comfortable home and hospitality..kak battah masak sedaaap sgt...also we had soo much fun, especially teddy, dapat maen2 dgn 3 adorable kids, anak2 kak mar...huzaifah, umniyah, and usaid, pemimpin dunia esok hari mungkin...hehe..
and also thanks to kak su, wpon exam harini, smpat jugak temankan kitorang jalan2 melawat bank di cairo..haha..
oh and lastly, (takde kene mngena ngn cairo) thanks to kak kiki yang sangat2 kami rindui..for visiting us todayyyy...siap bawak pizza lagi...takyah kitorang susah2 cari lunch..thanks kak kiki..for you motivation and lawak2 chomel akk tu..we love yaa!!
kesimpulannyer senior2 kat sini semua baek..namun, kami pon dah jadi seniors, tp adekah kami baek?? samer2 la kiter renungkan..huhu
aper2 pon, smg ALLAH membalas amal2 baek anda semua..doa kami sentiasa bersama anda..
salam sayang, salam cinta kerana DIA.
fiamanillah
Rona Zakiah.