Wednesday 1 June 2011

Haluna Maryam (kelembutan Maryam)...


Salam warrahmatullahhi wabarrakatuh,

Segala puji bagiNya yang menjadikan langit tertegaknya tanpa sebarang tiang pun.

"Dan Kami telah membina kepada kamu tujuh petala (langit) yang kuat dan kukuh?''

(An-Naba': 78:12).

DariNya kita datang, kepadaNya kita dikembalikan, biiznillah, hidup ini keranaNya...

Sebenarnye dah lame dah nak buat post ni tapi oleh sebab masa yg mencemburui saya kerana urusan study, jadi ditangguhkan, untuk bulan Mei tak sempat nak kongsi ape-ape...sangat-sangat sedih, sebenarnya =(...tak tau la masa yang terbuang tu untuk apa(benda mengarut la tuh)...hurmmm.

Untuk post kali ini, saya nak berkongsi mengenai idola terbaru saya, Maryam binti Imran. Sebenarnya dah lama dah nak cerita mengenai beliau, tapi sumber tak cukup padat, jadi tak boleh la nak cerita panjang-panjang, macam tak best pulak nanti kan, ade 2 sumber, satu dari buku kawan (thanx aisyah!) nama dia "Wanita yang dirindui syurga'', dan satu lagi dari "
Kisah-Kisah Quran'' atau Qasasul Quran, karangan Amru Khaled, beliau ni sangat famous la kat mesir ni, sebab buku-buku dia memang menarik, tapi dalam bahasa arab, so kalau nak tau, kene tanya yang pakar(kakak-kakak senior la).

Okay, enough talking about the books, siapa yang tak kenal satu-satunya kaum Hawa yang mempunyai surah dalam Al-Quran, dan dikatakan dalam surah tersebut, beliaulah sebaik-baik perempuan di zamannya.

Sebelum tu, let me share with you the details about this special woman,

Maryam binti Imran ini dilahirkan dalam keadaan tidak berbapa, ibunya pula telah bernazar untuk menjadikannya seorang abidah (orang yang beribadah), bapanya seorang alim ulama' yang terkenal pada ketika itu, hasil dari kedua insan yang masya-Allah ini, lahirlah seorang wanita yang dikatakan sebagai sebaik-baik wanita di zamannya itu.

Beliau kemudiannya dijaga oleh Nabi Zakariya a.s, sehinggalah beliau didatangi Jibril yang menyatakan beliau akan dikurniakan seorang anak,

''Sesungguhnya aku pesuruh tuhanmu untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci'' (Maryam: 19:19).

Dengan terlahirnya Nabi Isa a.s, maka terlahirlah juga ujian untuknya...

Post ini bukan untuk menceritakan kisah beliau semata-mata kerana saya pasti kebanyakkan dari kita telah mengetahuinya, senang saja pun sumbernya, Quran kan ada, tapi apa yang ingin saya highlight adalah sifat-sifat beliau, that most of us are lacking from it, and it's a sad scenario, actually.

Dikatakan dalam buku Qasasul Quran itu, Allah s.w.t memuji Maryam dengan sebaik-sebaik pujian, dan dikatakan juga beliaulah sesempurna wanita pada zaman tersebut, beliau memiliki sifat kelembutan, tabah, kasih sayang sebagai seorang ibu, sabar dan macam-macam lagi sifat yang ada sebagai contoh wanita yang terbaik.


Saya kagum apabila membaca buku tersebut, betapa agungnya kecintaan beliau kepada Allah, dan betapa Allah menyanyangi dan memuji beliau, sehingga dinobatkan sebagai sebaik-baik wanita di zamannya, dan dalam buku tersebut juga menyatakan bahawa, dalam hati beliau tiada ruang lain selain dari Allah Yang Maha Esa, subhanallah.


Tajuk entry kali ini pun saya mengambil salah satu dari sifat beliau iaitu lembut atau hanan atau haluna, dalam ketabahan beliau, dan kecekalan beliau mengahadapi segala ujian yang diberikan, terserlah juga sifat kelembutan beliau.


Jadi suka untuk saya seru sahabat yang dicintai fillah sekalian, agar contohilah beliau dalam segenap perkara, bukankah Quran itu diturunkan sebagai rahmat dan petunjuk seluruh alam?.

Jadikanlah beliau sebagai idola kita, kerana bukan saya yang menyatakan beliau sesempurna wanita itu, bukan juga pengarang buku itu, tetapi Allah lah yang menyatakannya, dan beliau juga dilahirkan sebagai teladan untuk kita semua, seperti yang kita semua tahu, kita dilahirkan di bumi ini untuk menjadi teladan antara satu dengan yang lain...


Hari ini,
sebagai seorang muslimah,
kita ini jauh api dari panggang,
untuk dibandingkan dengan beliau,
jika ingin menjadi seperti beliau,
memanglah mustahil,
tetapi tiada salahnya kita mendekati kesempurnaan,
malah untuk keuntungan kita juga.

Hari ini juga,
perempuan yang paling cantik dan sempurna,
pada mata kita,
adalah yang mengayakan pakaian,
yang dikatakan paling sempurna
sedangkan secara fitrahnya,
perempuan itu tempatnya adalah di rumah,
jauh dari mata-mata yang tidak menyenangkan.
Kita telah lari,
telah jauh,
malah sangat jauh,
dari apa yang sepatutnya,
telah lupa,
atau paling teruk lagi,
tidak mengendahkan apa yang diajari,
kita sibuk, teramat sibuk,
dan leka dengan cinta dunia,
dan cinta yang tidak bererti.

Bukan lagi seperti Maryam,
yang hanya ada Allah sahaja dihatinya,
kelembutan kita hilang,
satu-satunya sifat yang ada pada kita
dan bukan pada kaum adam,
begitu juga dengan sifat malu.

Masakan tidak,
jika kes pembuangan bayi,
setiap tahun,
seperti bermusim, diadakan,
manakah perginya sifat kasih sayang,
yang dipuji Allah kepada Maryam,
yang sama sekaum seperti kita?,

Manakah perginya sifat kecintaan padaNya,
yang ada pada beliau,
yang sama juga kaum seperti kita?,
manakah perginya sifat sabar,
dengan segala tomahan dan ujian
yang ada pada beliau,
yang juga sepatutnya ada pada kita?

Manakah perginya kesemua mutiara itu?.

Entry ini saya tujukan dengan niat,
untuk kita sama-sama,
mencontohi yang terbaik,
yang disebut dalam Kalamullah.

Entry ini saya seru,
untuk kita sama-sama
mencari siapakah idola sebenar,
dan yang paling
layak dijadikan idola oleh kita.

Entry ini saya harap,
dapat membuka
mata-mata kita,
yang sentiasa kabur dengan
kecerahan dan kesilauan duniawi,
yang fana.

Dan dengan entry ini juga saya harap,
kita dapat kembali kepada Islam yang sebenar...insyaAllah.

''Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang''

Saidatina A'isyah Radiallahuanhu.

wallhua'lam.

by: L.m.


Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain. -anonymous-

Sunday 24 April 2011

stranded part 2


Lama sgt nk update part 2...kesian utk sape2 yg duk baca part 1 sblm ni,xthu ape sambungan kisah saya dan rakan2 akibat mesir yg tgh darurat masa bulan 2 yg lps.Utk x menghampakan sape2 yg nak thu part 2,sy pun rasa nak sambung and kebetulan tgh cuti skrg..so boleh la nk tulis2 dlm blog ni.. ( chewah...ayat poyo je...sblm ni cuti je kt msia tu tp x rse nk smbung,sorry la..bkn xnk tulis,dh byk dh taip tp duk smpn je sbb rasa ayat cm x proper je..jadi mlm ni nak bg versi se simple yg boleh )


30 Jan - Berserah dan tawakal minta2 ada tiket utk blk Msia sbb nk beli on da spot. Berebut2,berhimpit2,potong barisan sume,akhirnya dapat tiket..1 Feb pukul 1 pgi..egypt air.
.Cairo-Kul harga 2743 genih utk one way..masa ni x kira mahal ke ape dh,yg penting boleh keluar dr mesir..itu yg paling penting.

31 Jan- tido semalaman kt airport..Atas lantai pn lantai la..selimut xde pun,tahan jela..utk satu mlm je pun sbb esok nk balik Kl dah..boleh consider lg nk tahan sejuk dlm airport tu memandangkan bulan 2 mmg peak winter kot..tapi bila tgk ramai je org lain kt dlm terminal tu yg tidur bergelimpangan,so xde la rasa selimut tu satu bnda yg wajib kne ade..dapat tidur,lelap mata dlm keadaan yg tgh runcing masa tu pun dh ckup.

Tgh mlm tu kira dah masuk 1hb Feb la kn,tetbe flight cancel..wawawawa..hancur hati bile dgr announcement..sume flight wktu mlm terpaksa cancel atas dasar2 keselamatan.So nak x nak,terpksa la tdo lg atas lantai lg mlm tu,tp mlm kedua ni,kteorg dh boleh adapt ckit..pndai nk cari kotak buat lapik tdo..nseb2..

1 Feb - Try tukar destinasi selain KL sbb flight kteorg cancel kn..plan nk pegi Bangkok then dr sana pndai2 la pk cmne nk blk Msia.dh dkt kn..Nseb bek egypt air bg wat pertukaran destinasi tanpa kne caj ape2.Dah tukar..lg sekali flight tu cancel..lg skli hancur hati ni..tp nk wt cmne..masa tu kita sendri x thu ape septtnye kite kn wat..menangis? mengamuk? sume tu xde faedah kot klu buat..berdoa jela yg termampu..

2 Feb- Tukar destinasi lg..tp kali ni ke Dubai..dah yg jauh2 asyik cancel je..so g yg dekat jela..Alhamdulillah,kali ni flight kami x cancel..tapi lain pulak citer yg jd masa nk dptkn boarding pass sblm nk fly tu..
mcm2 btul hlangan yg terpaksa kami tempuh utk blk msia kali ni..dh mcm amazing race dh rsenye..hehe.
Nak dijadikan cter,bila status flight tu confirmed,kami xleh terbang utk g dubai sbb xde visa ataupun connecting ticket dr dubai utk blk KL.mcm mne nk beli tiket siap2 dah klu status fligh die duk cancel laz minit je..so xleh la nk slhkn kteorg kn? dahla rugi dh sbb tukar pergi dubai je..tiket asal hrga smp 2743 tetbe tkr g dubai yg hrga tiket 1900 genih je..nk g beli tiket dari dubai tu utk blk Kl lg..dh bper ribu nk rugi kt situ kn...
so bermula adegan drama di situ sbb aku dh mmg xleh nk terima dh sume ni..masa tu dlm diri ni rasa sedih yg teramat2..dh mmg xleh nk tahan dh..sbb sblm2 ni,leh terima lg..tp saat tu,dh mmg lebih thp sbr dh..aku amik tiket2 kteorg berempat ni,trus ke kaunter dgn muka merah sbb bru lps menangis yg thp teresak2 pnye..sambil tersedu2 merayu dkt kaunter tu

" please let us go to Dubai..pleaseeeeeeeeee "

sambil teresak2 tu,aku merayu2..last2 dari x boleh terbang,pegawai tu lps kn jugak kteorg terbang..mybe die kasihan tgk muka aku yg thp dasyat menangis mcm ade org mati..syukur alhamdulillah,Allah gerakkn hati org tu utk biarkn kami semua lps dan dpt terbang..Allah gerakkn hati aku untuk menangis,Allah makbulkan doa ibu bapa kteorg yg kt msia bg perjalanan kami sume selamat..Aminn..sgt2 rase bersyukur bila dah dpat dduk kt seat dlm flight tu..and bila dah terbang jauh meninggalkan bumi Mesir tu,hnya Allah yg tahu perasaan kami semua.

sepjg perjalanan ke Dubai,bila derang serve mknn,kteorg telan mcm org dh bper hari kebulur..yelah stranded kt airport x pnh dpt mknn yg proper..kne kongsi2..kdg2 skipped je x mkn sbb mne nk dpt sumber mknn bila sume org pnye flight cancel kn.cnfirm2 kedai kt airport tu dh licin selicin2nye sumber mknn derang.yg embassy bg pun,ape la sgt..rmi kot stdnt msia yg stranded,nk x nk kne kongsi2 mknn..tp syukur la jgk,still dpt mkn kn..

sampai2 dubai..bersih2 kn diri..4 hari x mndi,x tukar baju sbb blk sehelai sepinggang je kn..so setakat yg boleh bersih,bersihkn la..hehe..dah kata pelarian kn..nk wt cmne..

aim skrg cari tiket utk blk Msia pulak..kteorg smp dubai mse tu pukul 6 ptg and MAS pnye flight dr dubai sekali sehari je, iaitu pukul 7 mlm..so dh x smpt nk beli tiket masa tu..So tnye jela ukt hari esk,khms- FULL..jumaat bru ade available seat..huh??nk kne bermlm lg kt airport?? TAK SANGGUP KOT...jd tnye la kt org jual tiket tu,ape2 flight yg boleh smp msia secpt yg mungkin..

Tulah sbb nye klu ade spe2 yg dgr ade budak mesir yg blk hr tu terpesong smp Hong Kong sbb nk blk msia pnye psl..Kteorg x plan pn nk g HK tu,tp dah tu flight yg plg cpt yg leh bw kteorg smp msia tnpa perlu tidur lg kt airport..harga tiket pun lbih kurg je ngn MAS,kteorg pn berbulat hati utk blk msia dgn Cathay Pasific yg memerlukan transit kt HK 3 jam..insyaAllah akan smp Msia pukul 7 mlm esoknye..

3 Jan- alhamdulillah..selepas transit kt HK 3 jam,then connecting flight utk blk KL plak kul 3 ptg,akhirnye kami smp la di KLIA pd pukul 7 mlm..bila dh msuk dlm terminal KLIA tu,jejak je kaki,rase mcm nk syujud syukur sbb akhirnye setelah 5 hari dilanda mcm2 halangan,kami berempat selamat jugak smp di msia..

oleh itu setakat itu jela cerita part 2 ni..Farah,Kak Ummu dan Rashidi dijemput family masing2 tp aku..terpaksa naik lg satu flight utk balik penang..kat sana Ibu dah tggu..setelah 5 hari baru dapat jmp Ibu balik,aku disambut oleh peluk cium dan tangisan syukur oleh Ibu..wahhhh..aku dh smp rumah..mcm x percaya je..seyes kot 1st day kt umah,aku mcm trauma..rasa x percaya ak dh kt umah..alhamdulillah sepjg2 stranded tu,aku x jth skt..cm thu2 je bdn aku ni yg die xleh skt dlm keadaan genting cmni..

p/s - 13 mac aku selamat balik ke mesir semula..mendarat di terminal yg sme tmpt ak stranded dulu..cm x caya pnyela lengang,x cm dulu yg mcm tin sardin..mesir ooo mesir pliz la aman smp kteorg sume dh graduate yea..aminn..




Friday 15 April 2011

women privilege or abusement??




Assalamualaikum wbt..
Today, I want to talk about the action made by France President, Nicolas Sarkozy on banning of 'niqab' in France.Above is the video which is a talk between British political commentator, Imogen Lloyd Webber and the US news journalist.


It is actually a laughable matter when a non muslim talk about Islam because the person acted like a know-it-all.It makes me angry when they said things that they do not know much for example in this case they claim that veil is a cultural matter and it is not a religious matter. Islam is our way of life so from what we wear to how we do things are actually islam in making.Their perspective is that veil itself is some sort of a garment worn for cultural purpose is totally wrong because wearing 'hijab' is one of the things that is asked by Allah the Almighty.It is true some of us muslim do not prefer to wear hijab but it does not mean it is a cultural thing.We were asked to cover ourselves and yet they made it sound like we are against the law of life.It is like we are totally breaking the nature of living by having our modest lifestyle and choosing to wear hijab.


Women are prohibit to wear 'niqab' or 'burqah' because the west think we are going to uphold negative atmosphere.They think that when we stay among ourselves,we are actually building up an underground army to protest and one day may lead to terrorism just because we,muslimah prefer to keep ourselves low and choose to hide our faces behind our veils.They seem to think that we have our own agenda by wearing 'niqab'.If today they prohibit us wearing 'niqab', it will not be a strange thing if one day they will prohibit also the wearing of veils to cover our head.Islam is not just a religion, if they criticize about our style of garments ,about what we are wearing to protect ourselves, they are criticizing Islam itself.We as muslim should feel something when they talk about our sisters like that.


France thinks that this law does not discriminate people at all, whereas British think it is indeed against the human right to express themselves.Actually whatever their opinion are,this is all a propaganda from the west to keep worsen the situation and putting in the mind of people that we, muslim are to be estranged among the world population because we are to their mind different.


Actually, when they said we are different there are so many people out there that proclaimed themselves different as well.People in Britain are given freedom to express themselves.They do not judge each other by the way they look. Instead they treat people in equality because they believe in human right in freedom of expression. So the british see this is as a sort of infringement to human rights itself.


This is indeed a big issue that is made by the west to actually cause disagreement and chaos among the muslim society. They want to provoke us and promote a debate that is not going to benefit us but going to cause us to be mortified and feel oppressed. Alhamdulillah our sisters are very strong there. They do a protest to show that they do not agree with the government. This is one of the examples of our sisters there.






Kenza Drider wearing niqab on her arrival at Gare de Lyon train station in Paris, France on 11 April 2011 from Avignon for a protest. Franc officially banned women from wearing full-face veils in public places on 11 April 2011. Kenza Drider who repeatedly insists on appearing veiled in public can be fined 150 euros and ordered to attend re-education classes.





If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline, and the dwellings in which you delight are dearer to you than Allâh and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause, then wait until Allâh brings about His Decision (torment).
And Allâh guides not the people who are Al-Fâsiqûn (the rebellious, disobedient to Allâh) (At-Taubah [9:24])


That's all for now~ =)

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain. -anonymous-

Thursday 31 March 2011

MUST WATCH !

Bismillahirrahmanirrahim,
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH.

Looks like almost all of us are back here in Mansourah to commence our journey of chasing our dreams, honouring our responsibilities, or merely just having fun observing , learning, and enjoying this amazing journey bestowed upon us.

It's almost like returning back to reality after a long vacation- for me that is, coz I usually come back to my senses when I'm here in this neverending blissful land of Egypt.

MashaALLAH, the weather today was superb. It was a sun shiny day, but the winds were doing their job well.
It was The PERFECT weather.

Then I came across this very informative lecture given by Muhammad Ibn Adam Al-Kawthari. It was about 7 important advices for university students. however, probably at that time most of the audiences were medical students, so he addressed quite many examples to them
- to us!

However, if you're not a medical student, you may also benefit just as much, insyaALLAH.

and a lil Dua for the day,
Oh ALLAH,
please grant us PERSEVERANCE and make us the people of TAQWA.
ameen, Ya Sobuur,
Ya Rabbal 'Aalamin.

so, here goes.

ENJOY! :)




Loves,
Rona Zakiah

Tuesday 8 February 2011

Unforgettable journey~

UNSTOPPABLE OBSTACLES DURING MY WINTER HOLIDAY- part 1

Tajuk cam gempak je,yelah kan banyak sangat dugaan dan cabaran yg terpaksa sy alami sempena cuti winter kali ni.Macam tak caya tapi tulah yg terjadi.Mesti korg sume nak tahu ape yg gempak sgt kn sampai sy nk tulis satu post special pasal ‘obstacles’ yg sy alami ni.Nak kata lawak,tak lawak tapi macam dasyat kot..hahaha..seyesly sy x bergurau,pengalaman cuti winter saya macam kt dalam zaman perang or senang kata macam zaman pendudukan komunis masa dulu2.

Untuk pengetahuan korang sume,cuti winter kali ni sy xde kemana-mana memandangkan my parents plan utk bercuti di Mesir.Jadi,sy menunggu ketibaan mereka pada 27hb tu dan merancang untuk berjalan di Cairo,Alex dan Mansurah.3 tempat je sbb mereka dtg 3 hari sahaja.My housemates sume ade yg ke UK dan ade yg balik ke Malaysia sbb cuti kami 2 minggu lebih jgk.Oleh sebab sy ditinggalkan keseorangan sy meminta Farah,ex-housemates sy utk menemani sy sepanjang parents sy dtg dan selepas parents sy balik nnt.
Tarikh 25 Jan,Mesir menjadi kecoh dengan berita rusuhan besar-besaran oleh rakyat-rakyatnya di Cairo.26 Jan,sy bercadang utk ke Cairo sebab nak bersedia awal untuk menjemput parents sy.Sehari selepas rusuhan,wrong timing tu..sy cuak untuk ke Cairo dan mengambil plan lain iaitu gerak terus 26 Jan pada pukul 12 mlm terus ke lapangan terbang Cairo untuk menjemput parents sy,memandangkan flight mereka sampai pada pukul 3 pagi dan 6 pagi.Kenapa ade 2 flight??hehe..actually,my dad from Sudan and my mom from Malaysia tu yg jd 2 waktu ketibaan.Hari yang nk jemput tulah plak sy boleh kena diarrhea maha hebat.Agak lembik jugak sbb banyak hilang air kn.Tu dah dugaan yg pertama.Telan 2 biji immodeum ngn 2 biji charchoal,berbekalkn doa dan tawakal,semuanye selamat sepnjg perjalanan ke airport mlm tu.

27 Jan,keadaan di Cairo pada pagi tu nampak tenang dan aman.Sy,Farah dan my parents dijemput oleh Ustaz Mat yg bertanggungjawab membawa kami berjalan-jalan selama 2 hari nanti.Kami dihantar ke tempat peninapan kami di Hayyu Asyir.Rumah yg sy sewa tu fulammmak…cun kot..satu rumah lengkap dgn tv,dapur,heater yang penting ade lihaf in every room,dengan harga 185 genih utk satu malam,suatu yg berbaloi kot.(lihaf ialah selimut yang berbulu-bulu yang digunakan masa winter kt mesir).Selepas membersihkan diri dalam pukul 9 pagi kami bergerak ke satu kedai kat mane ntah,dh lupa name die utk breakfast.Yang penting tu kedai melayu ok yg buka awal pagi kira klu kt Msia lebih kurang mcm kedai mamak la.Mane ade kedai2 makan kt mesir nk buka awal2 pagi kn?ade sape2 penah jumpa ke sepanjang duk kt mesir??

Hari pertama trip parents sy hari tu takde masalah mane memandangkan ustaz reti pilih jalan yang selamat dan pandai untuk elak jalan-jalan yang berpotensi untuk rusuhan berlaku.Kami semua still dalam keadaan berjaga-jaga,yelah keadaan tak boleh didugakan.Apa-apa pun kena sentiasa bersedia.Yang sebenarnya,hari tu memang ada rusuhan tapi kami semua je yang tak tahu dan kami tak lalu pun jalan tu.Balik ke rumah sewa,buka tv,tgk Al-Jazeera terpampang berita rusuhan di Jalan Suez,kt Cairo yang agak dasyat jugak la.Memandangkan esok 28 Jan,bersamaan hari Jumaat iaitu hari cuti untuk semua rakyat mesir,ade pihak mengatakan esok ialah hari rusuhan yg besar-besaran akan berlaku.Destinasi kami untuk hari kedua terpaksa dibatalkan.Kesian my parents tak dapat jalan2 kt Alex disebabkn rusuhan bodoh yg mereka-mereka ni buat.Kami semua terus straight balik ke Mansurah sebab rumah yg sy sewa hanya utk satu malam je.Jadi nak tak nak kami mmg kena balik Mansurah sbb kat Cairo dh xde tmpat tinggal.Tu dugaan yg kedua.Terpaksa batal jln2 ke Alex dan balik Mansurah on da day that they all predict to be the worst day ever.Sepanjang perjalanan balik tu,kereta boleh kira kot kt jalan,nak kata semua org dah tak nak keluar rumah sebab takut.Tapi Ustaz tu still kena hantar kami balik sbb dah jd tanggungjawab die.Thanks ustaz sbb bawa kteorg jln2 and hantar balik dgn selamat.Memang worst kot,Cairo ngan Alex tempat paling teruk kena.Nasib baik kteorg balik Mansurah.Mansurah tak adela aman mana tapi still selamat la lg berbanding ngn Cairo.

Start hari tu,28 Januari,kerajaan Mesir BLOCK telefon,mesej,internet sume.Ade ke patut??Memang stress kot hidup.Dahla kteorg ni mmg bergantung kt internet je untuk tahu kisah kt luar tu,tapi dh jadi cmni,seyes jd mcm katak bawah tempurung.Sampai2 Mansurah,kami semua duduk je dalam rumah sbb takut untuk keluar berjalan2.Petang tu,talian telefon dah ade balik tapi mesej still tak dapat.internet memang tak de rupa pun akan disambung dalam masa terdekat.huhu.sedih je..derang block facebook sume.Sy mmg anti dh dgn mesir ni.mujur sy ade lg 2 tahun untuk habiskan pengajian,sy sabarkan jela.Malam tu,kami keluar untuk melihat kawasan sekitar Mansurah.Mansurah tak adela besar mane dan tak ade tempat menarik mana mcm Cairo or Alex tapi sy suka Mansurah sebab tempat die aman dan tenang.Memandangkan Mansurah tak besar mane,kami cume berjalan kaki shja untuk melihat kedai kt situ.Syok2 jalan,tetbe mata pedih,tekak sakit mcm tak boleh nk bernafas..Rupanye gas pemedih mata tu dah smp kt kawasan kteorg tgh jalan2 tu.ape lagi,kami terus berlari masuk French Fries pnye kedai mkn sbb mmg tak boleh tahan langsung kot kalau duk kt luar,sampai berair2 hidung.Masuk-masuk kedai tgk tv,tunjuk berita pasal rusuhan kt Cairo.Pecah sana-sini,bakar sana-sini,baling2 sume,gaduh..hanya Tuhan je tahu ape perasaan kami masa tengok berita tu sume.Korg yg tgk pun dah takut,ni kan kami yg ade kt dalam Negara yg tgh kucar-kacir mcm ni dan tgk berita tu.

29 Januari kami masih di Mansurah.Still tak tahu keadaan semasa di luar memandangkan line internet still di block lg.Hanya line telefon sahaja yang dapat menyambung komunikasi antara kami semua.Hari ini sy plan untuk bawa my parents jalan-jalan sepanjang Sg.Nil.On da way nak pergi tu,nampak kedai-kedai sume tutup,tingkap kena balut ngn surat khabar.Kteorg macam pelik jugak bila tengok cmtu tapi still wat bodo mcm takde ape2 yang berlaku.Esok 30 Januari ialah tarikh untuk my parents balik sebab derang plan percutian 3 hari je.Sy pulak akan habiskan masa cuti di rumah sahaja selepas my parents balik nnt.Itu ialah plan asal tp terpaksa ditukar last minit jugak SEBAB hari tu kteorg dapat berita banduan2 yg jahat kt dalam penjara tu terlepas disebabkn polis sume dah pupus kt Mesir tu.ADE KE PATUT?? Kerajaan ape yg takde polis?? So masa ni,Mesir dikawal oleh tentera.Bila tentera dah ambil alih,maksudnya kerajaan tu dh sampai tahap teruk gler dah.Perintah berkurung dah start keluar,mula dari pukul 6 ptg sampai pukul 8 pagi semua orang tak boleh keluar.Sesiapa yang keluar akan ditembak.WUISHH,ni dah mcm zaman komunis dulu2 kan?Seyes same kot..Dulu masa belajar sejarah just baca je dan sekarang sy mengalami keadaan tu.What a day kn??
Malam last my parents tido kt rumah mlm tu,sy dapat byk call dr kawan2.Tak boleh tido kot mlm tu.Try untuk tido tapi still badan mengiggil2 sebab takut sgt.Nak2 mlm tu kteorg dapat call ckp kn tadah air siap2 sebab kerajaan Mesir nk block air.Weh,sewel ke ape??ape kene mngena rusuhan dgn putuskan bekalan air.Kadang-kadang sy mmg nk ckp Mesir ni bodoh,bukan Mesir tu tapi kerajaan die tu.Bukan nak percaya tapi dlm keadaan mcm ni,nak tak nak kteorg kn ikut jugak ape yg derang bgth tu,mlm tu jgk kteorg tadah air berbaldi-baldi yelah bila air takde susah kot.Pastu dapat pulak call ckp kalau boleh tutup sume lampu2 and kunci sume tingkap2 rumah sebab takut pencuri masuk.Part yg ni sy dah takut gler,kena tutup lampu buat2 mcm takde org kt rumah.Haa,ni mmg sebijik mcm zaman komunis kn..kalau dulu tak boleh pasang pelita kt rumah sebab nanti pihak komunis tahu kita ada kt rumah,tapi kali ni,kteorg kn tutup sume lampu dan kalau nk buka jugak jgn smp orang luar tahu kita ade kt rumah.YA ALLAh,masa tu hanya Tuhan je tahu perasaan sy.Tu baru 1st day kena buat mcm ni,sy tak dapat bayang kot kalau kena buat benda ni setiap hari pasni selepas parents sy blk nnt.Jadi sy tekad dengan keputusan sy,sy nak balik Malaysia jugak esok same2 dgn my parents.Masa my parents ade kt rumah sy pun sy still rasa tak tenang ni kan pulak bila derang dh balik nnt.tak dapat bayang kot perasaan takut tu.

Hari yang dinantikan.30 Januari,seawal 9 pagi kami semua bertolak ke airport cairo.Sy dgn Farah mmg dh tekad nak balik,kteorg ajak jugak la Rashidi dgn Kak Ummu sbb masa tu mane yang rapat ngn kteorg tu yg kteorg sempat ajak.Dalam 6 buah kereta gak la yg gerak pergi airport sbb kn gerak dlm kumpulan takut ape2 jadi dlm perjalanan.Syukur Alhamdulillah,sepjg perjalanan tu semua selamat.Sy,Farah,Kak Ummu ngn Rashidi mmg berjudi nasib nk pergi airport dan beli tiket on da spot je sbb nk pergi beli tiket kt travel agent,celah mane syarikat nk buka kn?mmg tawakal jela mase pergi airport tu.Nak book online pun tak boleh jugak sbb derang block internet.Nak minta org dari Malaysia belikan,pun tak boleh sebab die tak boleh connect dgn pihak belah Egypt sebab server derang down,yelah kata internet kn block.Memang menyusahkan org betul la.Nak tak nak terpaksa doa ngn tawakal jela bg ade tiket untuk kteorg balik Malaysia..huhuhu.

p/s- Sila abaikan percampuran bahasa melayu dan BI yg sy tulis ni memandangkan sy dh lame tak tulis karangan bm utk exam.dan part kedua akan disambung dalam masa terdekat ni..part kedua lg dasyat kot citer die sbb dis part will tell us how my friends and i stranded kt airport cairo for 4 days 3 night..
kalau ade bahasa yg kasar tu,wat2 x nampak je ok.

mp3 pLayeR

HYE!!!!