Sunday 2 January 2011

the heaven...

salam lembaran baru, 2011

pejam celik, pejam celik, atau kalau mak saya dia cakap tup-tap, tup-tap, dah masuk tahun baru, apa azam baru kita? nak jadi yang lebih baik? macam mana? harap-harap semua dah ada dalam minda, nak share sikit kata-kata ni.

''beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam''.

ujian, dapat mematangkan diri, menaikkan darjat dan macam-macam lagi, satu perkataan yang susah untuk kita hadapi kadang-kadang tu, tapi kita semua tahu harga sebuah ujian, dan banyak memang banyak hikmah yang akan terhasil darinya. Dan jenis ujian pula berbeza, kalau zaman sahabat dulu, mereka diuji dengan fizikal, keganasan, kelaparan dan macam-macam lagi, sehinggakan seperti yang diceritakan dalam surah al-baqarah : 214

''bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat''.

betapa teruknya mereka diuji, sehinggakan mengeluarkan pernyataan sebegitu, tak lupa juga pada saudara-saudara kita yang berada di seberanng sana, mereka diuji dengan kehilangan orang tersayang saban hari, dengan harta, kelaparan dan macam-macam lagi, kita pulak, paling-paling pun diuji dengan sikit rasa sedih, sikit rasa kecewa, sikit rasa tidak disayangi dan macam-macam lagi rasa, cuma rasa.

ketahuilah sahabat, harga sebuah keselesaan yang abadi, priceless, sehingga ada yang sanggup merelakan kepala mereka dipenggal, jasad mereka dilunyaikan, sepanjang hidup tidak pernah mengenal erti keselesaan kerananya. Apa yang kita lakukan untuk mendapatkannya? sedangkan melawan hawa nafsu sendiri pun belum tentu lagi kita mendapat takhta, inikan pula menegakkan syiarNya...

ayuhlah sahabat, marilah, golongkanlah diri kita dalam golongan yang sentiasa merasa penatnya, peritnya, dan pahitnya menyebarkan ayat-ayatNya, sudah tiba masanya, kerana, rugilah, sangat-sangat merugilah kita apabila dibangunkan kelak dalam keadaan yang tidak disangka, keadaan yang menyedihkan (nauzubillah min zalik) sedangkan di dunia kita dibanjiri dengan nikmatNya, dan nikmat yang paling besar itu sendiri, Islam...malulah kita sahabat, malulah kita dengan saudara-saudara kita yang tidak dilimpahi nikmat seperti kita, yang tidak berpeluang menggunakan nikmat yang kita genggami ini, ditambah pula dengan ujian yang maha hebat dari kita tetapi mempunyai tempat yang lebih tinggi dan mulia.

ayuh, tepislah bisikan hati yang degil, cubalah hapuskan nafsu yang sukakan pada kesenangan itu, oraklah langkah baru, segalanya tidak pernah mustahil di sisiNya. fake it till you make it! (David Brandt)






p/s: tak ada manusia yang akan mencapai kesempurnaan, yang ada adalah manusia itu berusaha untuk mencapainya, we are all teachers, kalau tak cukup, tambah lagi, tapi disamping tu, cube juge untuk sentiasa memberi:)

yang mencapubkan diri: leenmazni

mp3 pLayeR

HYE!!!!