Wednesday 24 February 2010

days in deutsch

As I have told you guys in the last post,we had had the opportunity to learn the days in german language.So here goes..

Heute ist...
Today is

Montag - Monday
Dienstag - Tuesday
Mittwoch - Wednesday
Donnerstag - Thursday
Freitag - Friday
Samstag - Saturday
Sonntag - Sunday

Some other vocabs that we learnt there,are..

ich liebe dich
i like you

ich hasse dich
i hate you

Flughafen - airport

zum Geburtstag viel Glück!
happy birthday

ausgang - exit

eingang - enter

danke schön - thank you

bitte schön - you are welcome

schwan - swan

schwain - pig

stein - stone

neu - neu

nur - only

schon - already

wald - forest

Hauptbahnhof - railway station

festung - fortress

winterferien - holiday

Deutschland - Germany

Bavaria - Bayern

skifahren - main ski

ich - i

well,thats all for now..do enjoy learning new language!
daaa..

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

Thursday 18 February 2010



WINTERFERIEN IN DEUTSCHLANDS

(Winter Break in Germany)

“Ich bin schon mal Ski gefahren in Deutschlands”.Saya telah bermain ski di Jerman.

Itulah yang saya katakan pada sahabat-sahabat saya di sini apabila mereka bertanya bagaimana saya menghabiskan cuti musim sejuk pada kali ini.Seawal bulan Disember, saya dan tiga orang kawan telah pun memikirkan hendak ke mana pada cuti yang akan datang.Kami sepakat mengambil keputusan hendak ke negara yang letaknya di arah utara Mesir iaitu negara Jerman.

Negara Jerman mempunyai taburan penduduk seramai 82.5 juta orang dan mempunyai empat musim.Ia terletak di tengah-tengah Eropah dan dibentengi oleh North Sea dan Baltic Sea serta dikelilingi oleh negara Poland, Czech Republic, Austria, Switzerland, France, Luxemburg, Belgium, Netherlands dan Denmark.Bandar utama Jerman ialah Berlin yang terletak di bahagian utara negara ini.Jerman terkenal dengan teknologi engineering yang tinggi dalam pembikinan kereta serta mempunyai tempat-tempat bersejarah yang sangat menarik.Antara tokoh-tokoh dunia yang berasal dari Jerman ialah Hitler dan pemuzik terkenal iaitu Mozart.Tujuan utama kami ke sana sebenarnya untuk merasai pengalaman di musim sejuk di barat yang terkenal dengan saljinya yang tebal sambil menikmati keindahan panorama ciptaan tuhan.

Kami telah merancang perjalanan sebelum bertolak dan menganggarkan jumlah perbelanjaan untuk ke sana.Alhamdulillah tiket kami pada waktu itu berjumlah 2350 Pound Mesir dan telah kami tempah pada permulaan bulan Januari.

Seawal pukul 7 pagi,pada tanggal 8 Februari, kami bertolak ke lapangan terbang di Kaherah,Mesir.Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit kerana kami telah pun bermalam di Penempatan Pelajar-pelajar Malaysia di Mesir(ARMA).Di lapangan terbang,kami terus mendaftarkan diri di kaunter beserta bagasi-bagasi kami.Kapal terbang Egypt Air yang kami naiki berlepas tepat pada waktunya iaitu pada jam 10.05 pagi.Kami sempat menikmati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalanan, di mana salji penuh menyeliputi gunung-ganang sejauh mata memandang.Hanya perkataan “Subhanallah” sahaja yang mampu diungkapkan.

unta-unta dari mesir

Tibanya kami di Munich(Munchen),kami dijemput oleh rakan-rakan kami yang belajar di sana iaitu Muhamad Anas(ketua kumpulan),Saidatul Aisha dan Shafiq Mansur di Flughafen Terminal 2.Aisha mengambil bidang electrical engineering,Shafiq mengambil bidang production technology manakala Anas melanjutkan pelajaran dalam bidang mechatronic engineering.Aisha ialah sahabat saya semasa menuntut di MRSM Langkawi dahulu.Mereka bertindak sebagai pemandu kami sepanjang di sana.Malang tak berbau,beg yang saya bawa dari Mesir pecah salah satu rodanya.Alhamdulillah ada musyrif yang ringan tangan menolong mengangkat beg tersebut.Kasihan barangkali.Syukran ya akhi.

Kami kemudian menaiki kereta api ke Hauptbahnhof (stesen kereta api) di Bandar Munchen.Jikalau sahabat-sahabat ingin menjimatkan wang eloklah berjalan dalam kumpulan berlima kerana harga tiket lebih murah jikalau berlima iaitu 28 Euro.Di sana, saya berjumpa dengan adik saya,Zul dan dua rakannya dari Jordan iaitu Hilmi dan Mohamad.Mereka telah pun menghabiskan seminggu lebih awal di Berlin sementara menunggu ketibaan saya dan kawan-kawan.Kami kemudiannya ke restoran KFC di Bandar Munchen untuk makan dan solat di sana kerana kesuntukan waktu.

Setelah makan,kami semua menaiki kereta api ke Frottmaning.Untuk pengetahuan kalian,pengangkutan utama di Jerman ialah bas dan kereta api.Pengangkutan awam ini sangat bagus kerana dapat mengurangkan pencemaran,menjimatkan wang serta sangat menepati masa.Sampainya kami di Frottmaning,kami dibawa ke stadium yang pernah menjadi salah satu destinasi World Cup iaitu ‘Allianz Arena’.Keistimewaan stadium ini ialah bentuknya yang seperti sarang burung dan warna yang boleh berubah-ubah dari masa ke semasa.Semasa kami di sana,warnanya ialah biru.Tetapi Aisha memberitahu kami bahawa warnanya boleh bertukar kepada merah dan putih.Kami tidak dapat lama di sana kerana mengejar kereta api yang terakhir yang bertolak semula ke Munchen Hauptbahnhof.

Kami selamat sampai semula ke Hauptbahnhof dan mengambil barang-barang yang telah kami simpan di loker sebelum bertolak ke rumah Aisha yang terletak di Deggendorf,salah satu kampung di Munchen.Kami bermalam di Deggendorf dan adik saya serta sahabat-sahabatnya menumpang di rumah Shafiq,salah seorang musyrif kami pada hari ini.Hari ini,saya sempat mempelajari sesetengah perkataan seperti danke schön(terima kasih),bitte schön(sama-sama),ausgang(keluar) dan eingang(masuk).

Keesokan harinya,kami menaiki kereta api pada pukul 9.17 pagi untuk ke tapak ski di Bayerischewald,Eisenstein yang terletak di sempadan Czech Republic.Kali ini kami diiringi oleh pelajar-pelajar yang telah pun berada 3 tahun di sana.Kami mengikuti mereka kerana mereka telah pun mempunyai pengalaman bermain ski sebelum ini serta untuk melicinkan lagi perjalanan program kami pada hari tersebut.Kos bermain ski di tempat ini ialah 36.50 Euro seorang untuk 2 jam.

bermain ski di Bayerischewald

Hari semakin gelap dan pada pukul 5.50 malam,kami bertolak pulang dari Hutan Simpan Bayern(Bayerischewald) ke Deggendorf.Malam itu,kami bertolak ke Ingolstadt dengan tujuan mengelak dari mengganggu Aisha yang akan menghadapi peperiksaan pada hari Khamis iaitu dua hari lagi.Di stesen yang terakhir,kami tertinggal kereta api disebabkan kelewatan ketibaan kereta api sebelumnya dari masa yang ditetapkan kerana ribut salji yang melanda.

Kami pun menyambung perjalanan ke Ingolstadt dengan menaiki teksi.Kami tidak perlu membayar apa-apa disebabkan kesalahan dari pihak syarikat kereta api.Oleh sebab kepenatan,kami tertidur sepanjang perjalanan ke sana,Saya dan sahabat-sahabat bertandang ke rumah Hazirah sahabat sepengajian Anas di Ingolstadt untuk bermalam di sana.Walaupun kami dalam keadaan mengantuk dan kepenatan,Hazirah tetap menyambut kami dengan ramah serta menyediakan tempat yang selesa untuk kami bermalam.

Hari Rabu,kami telah turun ke Salzburg,Austria.Hazirah tidak dapat mengikuti kami atas sebab-sebab tertentu.Dalam perjalanan,kumpulan kami bertambah ahlinya apabila sahabat Hazirah,Faiz yang menuntut di Prague,Czech Republic turut serta memeriahkan lagi perjalanan kami.Dia juga sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

Di Salzburg,kami telah berjalan ke Festung Honnansalzburg iaitu kubu di kawasan tanah tinggi.Tiket untuk memasuki kubu ini berjumlah 9.60 Euro untuk satu kepala.Kota bersejarah ini mempunyai banyak artifak serta peninggalan yang menarik.Salah satu peralatan yang amat meninggalkan kesan ialah alat yang digunakan untuk menyiksa banduan-banduan di kota tersebut.Penjelasan dari Faiz cukup untuk menaikkan bulu roma pada siapa-siapa yang mendengarnya.

Di puncak ini kami sempat menikmati pemandangan Bandar Salzburg.Di kejauhan,Anas memberitahu kami boleh melihat Banjaran Alps.Namun,sayangnya,cuaca ketika itu sangat tidak mengizinkan disebabkan kabus yang menebal.Dalam perjalanan turun, kami sempat membeli sedikit cenderamata sebelum menaiki kereta kabel untuk turun semula ke dataran.

kami di hadapan muzium Mozart

Bandar Salzburg juga ialah tempat lahirnya ahli muzik terkenal,Wolfgang Amadeus Mozart.Kami hanya meninjau dari luar muzium yang didedikasikan kepada pemuzik tersebut.Sebelum pulang,kami sempat menikmati makanan laut di salah sebuah restoran di situ.Kebanyakan antara kami memesan ‘fish and chips’ kerana harganya yang paling berpatutan berbanding yang lain.Di sana kami solat sebelum meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan pulang,Azam salah seorang sahabat Anas mengikut kami pulang ke Ingolstadt.Kami menemuinya di Munchen Hauptbahnhof.Dia baru sahaja habis menduduki peperiksaan di Landshut dan berhasrat untuk menemani kami berjalan-jalan di Jerman.

Pada 11 Februari,awal pagi lagi kami telah keluar dari rumah menuju ke stesen bas berdekatan.Azfar teman serumah Anas turut serta bersama kami dalam perjalanan kami kali ini.Hari ini,kami akan pergi ke Frankfurt salah satu bandar besar di Jerman.Sebenarnya,kami ke sana kerana ingin menaiki ‘bullet train’ ataupun lebih dikenali di sini dengan nama Intercity Express(ICE).ICE hanya kami naiki dalam perjalanan pulang walaubagaimanapun kerana pakejnya yang lebih murah.Di Frankfurt,Cy Young yang menuntut di sana menyambut kami dengan girang dan membawa kami berjalan di sekitar bandar tersebut.

Kami merentasi jambatan walaupun dalam keadaan angin yang kuat dan sejuknya yang hingga ke tulang sumsum kerana mengenangkan kesungguhan Cy Young membawa kami berjalan-jalan.Kami dapat merakam banyak gambar semasa di sana dan mengetahui banyak cerita di sebalik Bandar Frankfurt.Selepas itu,kami singgah di kedai cenderamata dan masuk ke sebuah gedung beli belah,Mai Zan.Mai Zan amat menarik kerana reka bentuknya yang sangat moden dan unik.Selesai ‘window shopping’,kami menuju ke sebuah restoran yang dimiliki orang dari Pakistan.Di sana, kami menikmati nasi dan ayam tandoori.Kenyang menikmati makanan yang menyelerakan itu,kami ke rumah Cy Young untuk solat.

Kami sempat berkenalan dengan teman serumah Cy Young,Kak Syikin yang sudah pun dalam tahun akhir di Jerman.Kami berkongsi-kongsi cerita dan sangat gembira dapat berkenalan dengannya.Setelah itu,kami pun berangkat pulang ke Ingolstadt.Di Hauptbahnhof,kami pun akhirnya berpeluang menaiki ICE yang sangat kami nantikan.Kelajuannya yang maksimum yang dicapai sepanjang perjalanan kami ialah 200km/jam.Anas yang juga pertama kali menaiki ICE,memberitahu kami ICE ini mampu mencecah kelajuan yang lebih tinggi jikalau di luar musim sejuk.Kelajuan 200km/jam itu langsung tidak kami rasai kerana kecanggihan infrastrukturnya.

di dalam ICE dengan halaju 200km/jam

Esoknya,kami terlewat bangun dan berlari-lari ke stesen bas.Dalam perancangan kami, sepatutnya hari ini kami akan ke Prague.Namun,tiket yang kehabisan memaksa kami mengubah hala tuju ke Munchen.Hari ini,kami ditemani Anas ,Azam,Hazirah serta Faiz.Setibanya kami di Munchen pada pukul 10.08 pagi,kami berjalan kaki ke restoran Pakistan di sana.Restoran ini menyajikan makanan buffet berharga 6.95 Euro.Kami menghabiskan masa di sana sementara menunggu ikhwah habis mengerjakan Solat Jumaat.

Seusai solat,saya dan sahabat-sahabat menyambung perjalanan kami ke Muzium BMW(Bavarian Motor Works).Tiket untuk masuk ke muzium ini berharga 6 Euro.Kami dikehendaki untuk menyimpan barang-barang kami di loker sebelum masuk.Muzium BMW menceritakan sejarah permulaan syarikat tersebut serta menayang pelbagai jenis kenderaan seawal mulanya penubuhan syarikat tersebut.

model kereta batman di muzium BMW

di hadapan muzium BMW

Kami mempelajari teknologi disebalik pembikinan kereta-kereta dan melihat pelbagai jenis model kereta dan motosikal yang amat menarik perhatian.Terdapat 3 bangunan di situ yang mempamerkan kereta-kereta keluaran BMW.Puas mengambil gambar dan membeli cenderamata kami pun keluar dan menuju ke restoran KFC untuk mengalas perut.Pada jam 10.26 malam,kami pun bertolak pulang ke Ingolstadt.

Hari Sabtu keesokannya,kami berlari-lari lagi mengejar bas.Kali ini,Shafiq,Faiz dan pelajar-pelajar dari Jordan tertinggal bas kerana sangat mengambil enteng soal waktu.Kami bergegas menaiki kereta api kemudiannya ke Augsburg.Tujuan kami ke Augsburg ialah ingin membeli belah untuk keluarga buat kali terakhir.Sesetengah dari kami telah pun bertolak lebih awal kerana terlibat dalam acara sukan yang dianjurkan pelajar-pelajar Jerman di Augsburg.Tiba di Augsburg,kami disambut oleh Aisha dan 6 orang sahabatnya.4 daripadanya menuntut di Jerman, manakala dua orang daripada mereka ialah pelajar Tanta,Mesir.Dua daripadanya sahabat saya semasa menuntut di maktab dahulu,Ain dan Murni.

Kami ke rumah Saimah yang belajar di Augsburg kemudian untuk solat dan makan tengah hari serta bertemu semula dengan ikhwah sejam selepas itu.Bandar Augsburg tidaklah terlalu besar namun banyak bangunan pencakar langit yang tinggi dan cantik.Malam itu, kami makan di Restoran Onur,restoran Turki yang terletak di tengah-tengah Bandar Augsburg.Sebelum pulang,saya sempat berjumpa seorang lagi teman semasa di sekolah dahulu,Badzli.Sayang sekali saya tidak berpeluang berjumpa teman rapat saya Affiqah kerana dia telah pulang bercuti ke tanah air sebelum saya tiba di Jerman.

Pukul 8.45 malam,kami bertolak pulang ke Ingolstadt.Tragedi terjadi apabila Mohamad baru menyedari salah satu plastiknya yang mengandungi dua jersi tertinggal di stesen kereta api.Kami cuba menghubungi kawan dan menjejakinya kembali namun hampa.Kerugiannya dianggarkan RM500.Mohamad yang terkilan hanya mampu bersabar.

Destinasi kami pada keesokan harinya ialah Neuschwanstein.Kami menaiki kereta api dari Munchen ke Füssen. Füssen jauhnya ialah 2 jam perjalanan dari Bandar Munchen.Setibanya kami di Füssen,kami menaiki teksi untuk ke Neuschwanstein.Terdapat 2 istana di kawasan tersebut dan kami mengambil keputusan untuk memasuki salah satu sahaja.Tiket yang telah kami beli berharga 8 Euro seorang.Kami hanya mengambil gambar dan membeli cenderahati di istana tersebut sebelum melangkahkan kaki ke istana Neuschwanstein.

Neuschwanstein Castle

Kami menunggu giliran untuk menaiki kereta kuda kemudiannya kerana ketiadaan bas.Kereta kuda yang kami naiki itu dicaj 6 Euro sekepala.Oleh sebab kelewatan tiba di istana tersebut,kami pun terpaksa menunggu pembawa pelancong seterusnya sebelum boleh memasuki istana.Kata Hazirah,’neu’ ialah baru,’schwan’ ialah angsa dalam bahasa Jerman dan ‘stein’ ialah batu.Jadi tidak menghairankanlah apabila kami menjejakkan kaki ke sana,kami lihat banyak patung-patung angsa di dalam istana tersebut.Istana Neuschwanstein sempat diduduki oleh King Ludwig II hanya beberapa tahun sebelum mangkat.Kemangkatan raja ini dikatakan sebuah misteri kerana tiada siapa yang tahu sebabnya.Oleh kerana itu,istana itu dibiarkan dalam keadaan yang tidak sepenuhnya siap.Namun,reka bentuknya sangat cantik dan mengundang banyak pelancong ke sana.

di lereng bukit menuju ke istana

Sebelum keluar dari istana,kami menunaikan solat.Namun,hati terasa begitu tidak khusyuk apabila kami disergah oleh pengawal di situ dan diugut untuk memanggil pihak polis jika kami meneruskan perbuatan kami.Kami tidak mengendahkannya tetapi tuhan sahaja yang tahu perasaan kami pada waktu itu.Pukul 6.10 malam,kami bertolak pulang menaiki kereta api.

Di dalam kereta api,saya sempat mempelajari bahasa Jerman lagi iaitu,”ich liebe dich” yang bermaksud saya suka kamu.Saya juga diajar hari-hari dalam bahasa Jerman.Tiba di Ingolstadt,kami bertandang ke rumah Encik Che Ku Ihsan dan keluarganya.Beliau sedang mengambil phD di Jerman dalam bidang Automotif Engineering.Kami berkenalan dengan isteri beliau,Kak Hafiza dan berpeluang menikmati masakan Melayu di rumahnya.Saya dan rakan-rakan sangat gembira kerana berpeluang berjumpa dengan keluarga Melayu di Jerman dan berkesempatan bermain dengan anak mereka,Anas yang baru berusia 3 tahun.

Anas yang menangis ketika bergambar

Pulang dari rumah Abang Ihsan,kami melalui taman menghala ke rumah Hazirah.Di sana kami bermain-main dengan salji kerana itulah malam terakhir kami di sana sebelum pulang ke Mesir.Kami cuba membuat ‘snowman’ tapi tidak berjaya kerana salji di situ terlalu lembap.Setelah puas bermain, kami pun pulang ke rumah Hazirah dan menghabiskan malam kami di sana.

Hari terakhir kami di Jerman,kami bangun seawal 5 pagi untuk bersiap.Pada pukul 8.54 pagi,kami menaiki bas terawal untuk ke stesen kereta api.Kereta api bertolak pada pukul 9.11 pagi ke Munchen Hauptbahnhof.Di sana,kami membeli coklat-coklat untuk dibawa pulang ke Mesir.Kemudian kami pun meneruskan perjalanan menaiki kereta api ke Flughafen.

Sebelum mendaftarkan diri di kaunter,kami ke kaunter untuk menuntut wang yang telah kami habiskan untuk cukai.Barang-barang yang telah kami beli perlu ditunjuk beserta resit pembelian untuk memperoleh pulangan wang cukai tersebut.Setelah siap semuanya,kami mengucapkan selamat tinggal pada sahabat-sahabat yang telah meluangkan masa membawa kami berjalan-jalan sepanjang di Jerman.Kami pun melangkah dengan hati yang berat ke pintu masuk.Kapal terbang kami berlepas lewat sedikit dari waktu yang telah ditetapkan dan kami akhirnya selamat tiba kembali di Mesir pada jam 7.10 malam.Kos keseluruhan purata kami sepanjang lapan hari di sana ialah 300 Euro iaitu 2400 Pound Mesir.Kos ini mencangkupi pengangkutan,makan dan sedikit cenderamata.


Pengalaman di Jerman membuat saya berasa bersyukur kerana saya dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.Rakyat Jerman majoritinya terdiri daripada golongan ‘free thinker’ di mana mereka ini tidak memeluk sebarang agama.Sepanjang saya di Jerman,saya tidak berpeluang mendengar suara azan sebagaimana di Mesir yang senantiasa berkumandang dan di tiap-tiap tempat yang saya lawati,terdirinya banyak gereja dari pelbagai bentuk.Manakala masjid yang boleh dikatakan paling besar di Bayern terletak di Ingolstadt,hanya mampu menampung beberapa puluhan jemaah sahaja.Malahan solat perlu selalu dalam perjalanan sahaja kerana ketiadaan surau.Selain itu,makanan juga amat susah didapati kerana perlu diteliti setiap kandungannya.

Walaubagaimanapun,semangat rakan-rakan kami di sana patut dipuji kerana kesusahan mereka,mereka sangat gigih belajar,menghargai sesama sendiri dan sangat menjaga satu sama lain.Saya sendiri lihat ukhuwwah sesama mereka lebih erat berbanding sesetengah daripada kita di sini.Jadi sahabat-sahabat sekalian,nilai dan bandingkanlah betapa bertuahnya kalian di bumi Anbia’ ini berbanding di negara asing yang lain.Kepada sahabat-sahabat di Jerman,jazakumullahu khairon kathira atas segala pengorbanan masa dan tenaga yang telah kalian curahkan sepanjang masa kita bersama.Wallahua’lam.

bye2 Jerman,hye Egypt!!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semuaa...
menemui bloggers yg tetap setia melayari blog 'istimewa' ini..huhu..

huhm, after, i dunno how long ive been hiding in the silence..here i am again to share with u sum of my thoughts..sebenarnyer dah lamer takot nak menulis sbb sudah berkali2 dipesan bhw setiap apa yg kita tules akan dipertanggungjwbkan nnti. oh scary.

jadi sharing harini lepak2 ajer..bukan untuk siapa pon tetapi ditujukan khas buat ahli2 beit insyirah sendiri..haha..spesel untuk kamu semua..(which includes me,especially me!)

1stly, Alhamdulillah, terima kasih Tuhan, kerana telah memberikan kami peluang untuk samer2 duduk di bawah satu bumbung dgn tenang, dah masuk 3 tahun pon kami dipilih, untuk mempelajari ilmu medicine di bumi mesir ini..

huhm, sempena dgn skolah yg bakal buka nnti (ayat aper ni)
Rona ingin menyeru kita semua agar berusaha untuk rajen2kan diri pg ke kelas, tak kirelah kelas wajib ke, kelas takde attendance ke, kelas tuition ke..
knape Rona tules psl hal ini is bcoz, i am feeling so disapointed in myself for not being able to commit myself to my studies..terlalu banyak kelas2 yg diabaikan hanya kerana terpaksa bangun awal..sungguh kurang sopan..

knaper kene pg kelas?

untuk ibu bapa~ kalau2 raser mcm malas nak pg kelas, ape kater ingat2la kat parents yg susah payah cari duet berjuta2 nak tampung kiter py studies kat sini, yuran tu kan pg kat skolah, jadi pglah skolah..kalau raser tanak dgr lectures pon, gunelah segala kemudahan yg ader di skolah tu wpon sekadar duduk atas kerusi yg best tu..bukannyer segenih due parents kiter byr, tp beribu2..bygkan,bygkan,bygkan wajah mereka if they found out about us not taking serious about attending lectures and so on..lepas ni..saper tak pg kelas, report kat mak. oh tak boleh, salah anak, ibu yg menderita, patutkah?

untuk diri sendiri ~ huhm agak cliche di sini. diri sendiri lebih perlukan tido di pagi hari, bukannyer perjalanan mamai2 naek teksi, kan? knape la malas sgt nak pg kelas? tidurlah awal, spy kiter tak mngantuk and hence bosan dlm kelas kerana biler masuk kelas je ngantuk jadi kelas tu jadi mmg tak beneficial langsunglah..jgn jdkan mengantuk sbg alasan tanak pg kelas, tapi rectify that problem, sleep early, makan supplements! biler tak ngantuk dalam kelas, inshaALLAH mesti semangat jer nak pg kelas sbb bnde2 yg kit blaja tu sgt2lah interesting, kan? satu lagi, at least kalau kita dah pg kelas giller2, kalau last2 (nauzubillah) results kiter tak brape best, takdelah kiter raser bersalah sgt kan? ataupon, hati dah terlalu beku untuk raser bersalah pon? astaghfirullah. (talking bout myself).

untuk masyarakat dan negara ~ huhm. untuk berbaktilah. ha mcm sumer org suroh tu. ha yg dpt scholarship itu, lagila..pgla skolahhh..andalah harapan negara! yay!

untuk Tuhan ~ ini satu perkara yg paling susah sy nak huraikan sbb terlalu berat. kerana sesungguhnya kita semua ini telah Dia pilih untuk menuntut ilmu di sini. jauh2 diterbangkan, masakan kita tak pernah ada sayap, diajarkan bhs pertuturan amiyah, diramaikan dengan komuniti melayu supaya kita tak raser takot, diberikan nikmat makanan dan minuman yg halal tak seperti rakan2 dier negara laen, diberikan nyawa, denyutan nadi, dihidupkan satu hari lagi untuk menjalankan amanah itu. satu Amanah. and we betray that trust. istighfar2...setiap kali kita kembali tidur lepas subuh dan terlajak smpi terponteng, we betray the trust. setiap kali kita memilih untuk tgk movie sehingga tak sedarkan diri esoknye, we betray the trust. setiap kali kita memilih untuk sengaja meninggalkan lectures hanya kerana tuition lebih best, we betray the trust. setiap kali kita menginfluence kawan2 untuk sama2 ponteng (erk) we betray the trust. setiap kali kita mengeluh, kita merasa bosan dgn apa yg ditentukan, we...(no words to describe this.)

actually ader byk lagi sebab2 untuk kita pergi kelas.
tapi kalau sebab2 yang kita ubahsuai sendiri ( i alwayyysss do this) tu lebih byk dan lebih kukuh, jadi takpelah. jadilah diri kita yg sebenar, buatlah yg termampu. jgnlah terlampau extreme sgt pon..cumer bawak2la beringat yg kalau tiba2 kita mati, harap2 mati kita itu dlm amal soleh, bukannyer dlm perkara yg kita sendiri tahu adalah sia2.. nauzubillah.

Allahumma Sallimna,
semoga dikuatkan jiwa2 kita,
dipermudahkan segala urusan kita,
disucikan hati2 kita,
dikuatkan tubuh badan kita,
dirapatkan ukhuwwah antr kita,
diturunkan hidayah untuk kita,
dijauhkan bala drpd kita,
dijadikan Rasulullah tersenyum kepada kita,
dipaterikan cinta yg terhebat, teragung jauh dalam sanubari kita.

ameen.

alFatihah untuk 2nd term yg bakal menjelma.
one mansoura, one family!

mp3 pLayeR

HYE!!!!