Tuesday 8 February 2011

simple tazkeerah



salam w.b.t semua,

alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Melindungi, semua insyirahians selamat...=)
ok kepada siapa yang tak tahu lagi, 3 dari kami, dah selamat sampai malaysia, dan lagi dua masih bercuti-cuti di United Kingdom, insyaallah akan balik malaysia 12 febuari nanti, entry ni, saya malas nak cerita pasal mesir, sebab semua orang dah tau rasanya apa yang terjadi sekarang kan?. Jadi kalau nak cerita pengalaman sepanjang rusuhan tu pun, saya tak ada isi, sebab tak sempat nak merasa, hari yang saya balik tu adalah hari bermulanya rusuhan... Mungkin nanti boleh suruh salah seorang dari kami menceritakannnya...(sape ye? hehe).

Insyaallah selepas kesusahan ada kesenangan...=). Okay, entry ni pendek lagi dari yang lepas kot, sebab cuma nak kongsi sikit aje dari apa yang saya baru baca, dari buku Wasiat Imam Syafi'i karangan Abu Qamar Salahuddin, buku ni saya pinjam dari salah seorang ukhti yang sangat...masyaallah...trimas kepadanya kerana memperkenalkan buku ni, tapi buku ni bagi pendapat saya agak berat untuk difahami, sebab ada maksud mendalam dalam setiap penulisan Imam Syafi'i ni, sebab beliau menggunakan bahasa-bahasa yang puitis, mungkin kerana salah satu sebabnya adalah beliau seorang penyair juga, selain mengarang buku-buku agama...

Mungkin lepas ni kalau ada lagi ayat-ayat yang best dalam buku ni, saya akan buat lagi entry baru, insyaallah...so for the time being, i would like to share this simple phrase, moga dapat mencuit sedikit jentera utama dalam badan kita ke arah yang lebih baik...ameen...

Jiwa Yang Kerdil...apa itu jiwa yang kerdil?

Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Adillah yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Imam Syafi'i berkata:

''Tumpukan wang dapat membuat orang yang sebelum ini membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain, dan tidak tahu pula darjat kemuliaan sendiri''.

Nauzubillah...



Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain. -anonymous-

0 comments:

mp3 pLayeR

HYE!!!!