Monday, 25 January 2010

sekularisme?

Tadi saya terbaca satu artikel yang menceritakan berkenaan dengan motivasi..Saya perolehi artikel ini bile meng'klik' hasil shoutout seorang sahabiah saya.Bila terbaca sampai ke satu pernyataan ini..saya menjadi bingung..

"Jikalau kita berjaya dalam kerjaya dan kewangan,kejayaan dalam kekeluargaan dan ibadah akan menyusul selepas itu.."

Apakah yang kalian fikirkan apabila terbaca pernyataan ini..Saya fikirkan jika saudara penulis itu seorang muslim,maka fikirannya mungkin telah diracuni sekularisme..kerana saya tidak tahu adakah penulis itu islam ataupun tidak..

Saya meng'skroll' dan mencari nama..

"nama macam islam"

"hmm..musykil2..."

Wahai kawan-kawan sekalian..Saya agak terkejut jikalau ada dikalangan sahabat2 saya menyokong dengan artikel ini..Tapi oleh kerana salah seorang sahabat saya meng'post'nye di shoutout..saya amat khuatir fikirannya diracuni juga..Isi artikel itu banyak membingungkan seseorang yang beragama islam apabila membacanya..

Sebagai umat islam,kita haruslah menjadikan islam itu teras dalam menjalani kehidupan seharian.Kejayaan di dunia itu memanglah penting..Tapi apa salahnya kita fokuskan matlamat kita untuk memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat..

Jikalau kita terlalu mengejar dunia..dan akhirat kita berciciran..bagaimanakah keadaaan kita di kampung akhirat kelak?Kita sendiri akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita lakukan..Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan 'boss' kita ke mengatakan..

"Boss banyak sangat bagi kerja sampai tak sempat saya nak solat"

Bolehkah kita bagi alasan begitu bila disoal oleh munkar nankir di dalam kubur tentang apa yang telah kita lakukan dengan solat dan ibadah kita?

Jikalau kita menginginkan kejayaan dunia yang dapat kita dukung..mengapa kita tidak mahu  kejayaan akhirat yang dapat kita junjung..?yang dapat menjamin kesejahteraan kita di akhirat sana..

Sesungguhnya rezeki kita tidak akan putus selama kita di dunia..Kita memang disuruh untuk berusaha untuk memperoleh apa yang kita hajati..tapi di pengakhirannya,kita hendaklah bertawakal mengharapkan apa yang terbaik akan dikurniakan kepada kita kerana qada' dan qadar itu telah tertulis di luh mahfuz.

Seperti yang kalian tahu,jikalau kita terlalu mengejar dunia..keberkatan kita dalam hidup akan hilang..kejayaan yang mungkin kita kecapi pun dirasakan seperti ada yang kurang..perasaan dalam diri penuh dengan gundah gulana dan sentiasa ada rasa tidak puas dengan apa yang ada..Syaitan begitu banyak cara yang halus dalam menghasut kita agar kita jauh daripada keredhaan Allah S.W.T..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
 “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

Jadi kita perlulah mencuba sedaya upaya sebagai umat islam untuk mengimbangi urusan di dunia dan di akhirat..Urusan di dunia perlu ada usahanya dan di akhirat pun jangan sesekali ditinggalkan..Dan untuk memperoleh kejayaan itu,kita perlu berubah..

Pepatah inggeris ada mengatakan..

"If you always do what you've always done, you'll always get what you always got, and you'll always feel what you always felt"

Kita akan hanya dapat memperoleh kejayaan itu jikalau kita mengubah apa yang selalu menyebabkan kita gagal..kerana jikalau kita tidak mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik,hidup kita tidak akan menjadi lebih bahagia dan selesa..Ia akan kekal seperti apa yang selalu kita rasakan..

Selepas kita puas berusaha itu..bertawakallah dengan penuh mengharap agar doa kita diterima oleh-Nya..Barakallahuli walakum..


Wallahu a'lam..

p/s: banyak membaca memang dituntut agama..tapi kita perlu tahu isi bacaan itu bertepatan syariat dan kandungannya benar ataupun tidak..renung-renungkanlah..

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

Sunday, 24 January 2010

lelaki idaman saya adalah..

Lelaki idaman saya adalah…

Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman saya…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman saya…

Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman saya…

Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

PERKARA YANG DIRAHSIAKAN..

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud.


"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembahkepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zamannanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

JENIS-JENIS NAFSU

1. Nasfu Ammarah.
Adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.Mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.Mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Nafsu ammarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu Ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah SWT jauhkan kita dari nafsu ammarah.

2. Nafsu Lawamah.
Adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.Nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.Mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT. Orang sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya:Semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran orang lain. Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu Lawamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawamah ini lebih baik dari nafsu amarah

3. Nafsu Marhamah.
Adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.Mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah.
Adalah nafsu yang lemah lembut.Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.Mereka adalah wali kecil.Golongan ini adalah dijamin syurga.

Orang yang memiliki nafsu mutmainah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah SWT. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan Allah SWT. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah SWT golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

5. Nafsu Raudiah.
Adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah SWT.Mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah SWT semata-mata.Mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah.
Adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul.

7. Nafsu Mardiah.
Adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah SWT.

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

Friday, 22 January 2010

10 PERKARA YANG SIA-SIA

SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu: 

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sering membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib hingga 100 ayat setiap hari. 


3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid. 


4. Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.


5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah. 


6. Lelaki atau wanita yang tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu.

7. Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu. 


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 


10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumah.

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

++positivity++

assalammualaikum wbt,



wokeyh, exam is juz around da corner ... all my housemates are srtuggling coz there's not much time left ... may Allah bless all of our hardships ... wishing u all gudluck, including myself ...


for this entry, i'd to remind myself about husnu dzon or positive thoughts ... n that's why the title for this entry is positivity ... it's a simple advice but a very2 important thing in life, in my opinion i guest, coz my dad once told me that if you want to achieve something, you must find Allah's bless, and His bless is with those who have pure and clean hearts ... dad always told me how important husnu dzon is, because it's all about cleansing our heart ... if we have a wonderful heart, insyaAllah, His bless is juz around us, and i once heard this from one of my collegue saying''Allah is with His servant's thoughts''.






It's a very simple but thoughtful advice from her ... so guys, if we think that life's unfair, then yup, life's not going to be fair to us, but if we thinks that our path in this life is beautiful, and everything that had happened around us have a great secrets beneath it, then yup our life is going to be beautiful and full of wonderfull things despite all the 'not so good' things that we've gone through ... by the way try reading 'life's an open secrets' by zabrina abu bakar, i always give this book as a gift to my friends, it's a short but a really meaningful story ... okay get back on track .. where were we? .. oh yeah good thoughts. .. but then again, it's not easy rite? .. yeah i know i'm also struggling with this ... but if you realised how important it is, you'll surely want to strive to get this husnu dzon and cast away all the suu'd dzon ...





ermm i'm not really a good naqibah or something, juz reminding simple things in life, for me n for you, insyaAllah ... so guys, if we have this positivity in our life, we can overcome everything ... biiznillah ... sometimes we don't realised what we said or did is the main reason to what happen to us, mostly the 'not so good' thing la rite ... first of all, try to reflect on our everyday agenda, how many people have we make their life easier, or better ... or the opposite to it .. erkk being a husnu dzon is not easy coz like i said it's all about dealing with our heart ... we usually have a negative thoughts about people around us, the way they treat us, or talk to us, or even helping us! .. hurmm3 ... this is actually 'the badman's' mess in our heart ... but he is always going to 'accompany' us, telling us what to do and not to do, and our work is always trying to do what the opposite things that he wants us to do.






wether we realised it or not, if we always have this suud dzon thing in our heart, we'll have problems in saying even 'alhamdulillah' coz everything around us is full of negativity ... the way we look at things the way we look at people, and their like our competitors more than our friends, and everything that we did is not good enough, or there's always someone that is better than us .. yes we can think about it in a certain situation like grabbing knowledge .. . it would not be a problem ... but it would not be a healthy thing to drag it in our life ... and more and more, it will go down to our heart, then it will be full of jealousy, ingratitude, envy and hatred and after that, it will be filled with a black patch, day by day ...nauzubillah min zallik...and i'm really concern if this happening to us,how are we going to get his bless and also guidance?


that's all i can share with you guys for now,i'm considering about publishing new post...maybe after exam,insyaAllah ...may we always be in His bless and guidance,love and mercy,and most important,may all of our 'mujahadah' with our own nafs can get us to His jannah...insyaAllah
some inspired words:
''Janganlah kamu menyangka dengan satu sangka pun yang keluar dari seorang saudara mu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan''
saidina Umar Al-Khattab
by;~bruno~

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous --

Friday, 15 January 2010

Are You LOST?

Dalam hidup kita kadangkala sampai satu masa,kita merasakan kehilangan ataupun kekurangan sesuatu dalam hidup.Kita terasa seperti ada ruang kosong di suatu ceruk dalam diri.Pada saat itu,kita mungkin akan memikirkan kembali pelbagai persoalan.Apa yang telah kucapai hingga ke hari ini?Apa yang telah aku pegang selama ini?Apa yang dapat kukongsi tentang pengalamanku?

Jikalau kita hanya berlayar mengikut arus tanpa pegangan,kita akan sentiasa tidak tahu apa matlamat perjalanan kita.Kita akan selalu dibuai ombak tanpa mengetahui apakah tujuan perjalanan itu.Tapi,jikalau sebelum perjalanan bermula,kita dapat menetapkan matlamatnya,lengkap dengan peta,nakhoda serta peralatan yang sempurna,kita akan sampai dengan izin Allah pada masa yang ditetapkan dengan berjaya.

Hidup ini dipenuhi onak duri.Tapi apakah perlunya onak duri itu?Semuanya adalah ujian daripada Allah untuk meningkatkan keimanan seseorang.

Seperti dalam surah Al-Ankabut;ayat 2..
firman Allah SWT..
"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,'Kami telah beriman',dan mereka tidak diuji?"

Jadi sekiranya anda meletakkan akhirat sebagai tujuan dan matlamat di pengakhirannya..dan al-Quran dan sunnah sebagai nakhoda kapalnya..insyaAllah anda tidak akan tersesat di kemudian hari..

Hope kalian dapat menghayati lirik lagu Maher Zain ini serta memperdengarkannya bila berkelapangan..wallahua'lam..wassalam..

Insya Allah-Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

hadith 7: Agama itu NASIHAH



Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Nasihah Lillah - mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.

2) Nasihah Likitabi - yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai sepanjang zaman -berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.

3) Nasihah Lirasulihi- membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan sunnahnya/ kaji sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.

4) Nasihah Li aimmati muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang mereka jahil terhadap agama/galakkan mereka kepada ketaatan.

Pengajaran hadis:

Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.

lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status. Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.


Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

HABIB BIN ZAID (Simbol Pengorbanan dan Cinta)

Assalamualaikum wbt.Disini saya ingin berkongsi cerita salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang diharap dapat menyentuh jiwa kita sebagai umat islam.Diharapnya cerita ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk kita sama-sama bangkit dan berusaha meninggikan lagi martabat islam yang kita sanjung selama ini.

Jikalau kita meninjau kembali peristiwa Baiat Aqabah ke-2, 70 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari Madinah telah berjanji setia kepada Rasulullah. Di antara 70 orang lelaki tersebut termasuklah Habib bin Zaid dan ayahnya (Zaid bin Ashim). Sedangkan 2 orang wanita itu adalah ibunya (Nusaibah binti Ka'b) dan makciknya.

Habib merupakan seorang mukmin yang sejati. Keimanan telah mendarah daging pada dirinya. Semenjak Nabi berhijrah ke Madinah, beliau tidak pernah tertinggal walaupun satu peperangan dan tidak pernah menolak tugas yang diberikan kepadanya.

DI suatu ketika, di selatan jazirah Arab muncul dua pembohong besar yang mengaku sebagai Nabi dan mengajak pada kesesatan. Seorang di Shan'a, iaiyu Aswad bin Ka'b aI-Ansi dan seorang lagi di Yamamah, iaitu Musailamah aI-Kadzdzab.

Kedua-duanya menghasut para pengikut mereka untuk memusuhi orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad saw.Mereka juaga melayan utusan yang datang untuk berdakwah kepada mereka dengan buruk sekali. Tindakan mereka melecehkan kenabian dan menebar kesesatan di muka bumi amatlah menjelekkan.

Hinggalah pada suatu hari, Rasulullah didatangi seorang utusan Musailamah dengan membawa sepucuk surat yang berisi,

Kepada Muhammad utusan Allah,

Salam sejahtera untukmu,

Saya telah diangkat menjadi sekutumu dalam urusan kenabian. Karena itu, kami berhak memiliki separuh wilayah dan orang-orang Quraisy berhak memiliki separuh wilayah. Akan tetapi, orang-orang Quraisy melampaui batas.

Rasulullah memanggil salah seorang daripada sahabat yang boleh menulis, lalu menyuruhnya untuk menulis jawapannya,

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Muhammad Rasulullah saw,

Kepada Musailamah al-Kadzdzab (si pembohong)

Salam sejahtera bagi orang yang mahu mengikuti petunjuk. Sesungguhnya, bumi ini adalah milik Allah. Diwariskan kepada siapa yang dikehendaki dan kesudahan yang baik berada di pihak orang-orang yang bertakwa."

Kata-kata Rasulullah saw bagai cahaya pagi yang membuka aib si pembohang dari bani Hanifah itu. Ia telah keliru ketika menganggap kenabian seperti kerajaan, hingga menuntut separuh wilayah kekuasaan dan separuh jumlah penduduk. Jawapan Rasulullah saw itu dibawa oleh utusan Musailamah dan diberikan kepada Musailamah. Membaca surat itu, Musailamah tidak menjadi insaf, tetapi menjadi semakin berani.

Musailamah masih menyebarkan kebohongan dan kepalsuannya, gangguan dan hasutan terhadap orang-orang beriman semakin menjadi-jadi. Lalu, Rasulullah pun ingin mengirimkan surat peringatan untuk menasihati agar perbuatan itu dihentikan. Habib bin Zaid seterusnya dipilih sebagai penghantar surat itu kepada Musailamah. Habib sangat gembira menerima tugasan itu. Beliau berharap Musailamah sedar akan kesilapannya sehingga secara automatik beliau mendapat pahala besar karena turut terlibat dalam menyedarkan Musailamah.

Setelah beberapa hari perjalanan,Habib pun tiba di tempat tujuan. Beliau menyampaikan surat itu kepada Musailamah.
Musailamah membaca dengan cermat. Namun, cahaya hidayah yang terpancar dari surat tersebut tidak mampu memberi kebaikan kepadanya, sehingga dia semakin hanyut dalam kesesatan dan kepalsuannya.

Musailamah menyuruh pengikutnya menangkap serta mengurung Habib.Habib dipukul,dimaki dan dihina dengan kejam.Musailamah berhasrat dengan tindakannya itu dapat mengubah pendirian habib serta mengakui kesetiaannya pada Musailamah.

Musailamah sang pembohong itu mengumpulkan kaumnya pada hari yang telah ditentukan. Dia memanggil Habib bin Zaid yang dipenuhi dengan bekas siksaan. Menurut penilaian Musailamah, Habib sudah menyerah dan tidak akan menolak jika diminta untuk mengakui kenabiannya di depan orang ramai. Dengan demikian, seakan-akan itu adalah mukjizat yang diberikan kepadanya, dan kaumnya yang selama ini ditipunya akan semakin tertipu.

Musailamah bertanya kepada Habib, ''Apakah kamu bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah?"

Habib menjawab, "Ya, aku bersaksi bahwa Muhammad itu utusan Allah."

Wajah Musailamah langsung pucat.

Musailamah kembali bertanya, "Apakah kamu juga bersaksi bahwa aku adalah utusan Allah?"

Dengan mencebik, Habib menjawab, "Aku tidak mendengar."

Wajah Musailamah semakin merah padam. Rancangan jahatnya sama sekali gagal. Siksaan yang begitu berat tidak mengubah pendirian Habib. Dalam usaha untuk mempertontonkan mukjizat palsunya di depan umum, dia mendapat tamparan keras yang membuatnya tercampak kelembah kehinaan.

Musailamah menjadi terlalu marah.Lalu dia memerintahkan pengikutnyanya untuk membunuh Habib. Tubuh Habib dicincang sepotong demi sepotong. Namun bibir Habib tidak pernah lepas dari ucapan, "La ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah."Tanpa rasa malu, ia membunuh utusan penghantar surat, padahal membunuh utusan adalah tindakan tercela bagi bangsa Arab saat itu.

Seandainya waktu itu, Habib menyelamatkan dirinya dengan berpura-pura mengikuti keinginan Musailamah, dengan tetap beri’tikad keimanan dalam hatinya, itu sama sekali tidak mengurangkan kualiti keimanannya dan tidak menggugat keislamannya.

Akan tetapi, Habib adalah seorang lelaki yang turut serta dalam Bai’at Aqabah bersama ayah, ibu, saudara, dan makciknya. Sejak saat itu, ia sudah memikul tanggungjawab bai’at dan keimanan secara sempuma, tanpa memikirkan nasib diri dan nyawanya.Baginya, kesempatan ini adalah kesempatan terbaik untuk mencapai puncak tertinggi dari kehidupannya. la ingin merasakan nikmatnya ketegaran, kepahlawanan, pengorbanan, dan kesyahidan dalam mempertahankan kebenaran. Sebuah kemenangan yang lebih indah dari semua kemenangan duniawi.

Berita kesyahidan Habib akhirnya sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda tabah dalam menghadapi takdir Allah. Baginda telah melihat nasib sang pembohong itu, bahkan melihat tempat kematiannya.

Adapun Nusaibah binti Ka'ab, ibunda Habib, ketika mendengar berita kematian anaknya, beliau menahan kemarahan serta bersumpah ingin menuntut bela. Beliau bertekad untuk menghunuskan sendiri tombak dan pedang ke tubuh Musailamah.

Langit menjadi saksi kekecewaan, kesabaran dan ketabahan wanita ini. Sejak saat itu, ia bertekad untuk berada di samping vvanita itu untuk melaksanakan sumpahnya.

Waktu pun bergerak dengan cepat dan terjadilah pertempuran Yamamah.

Khalifah Abu Bakar menyiapkan pasukan besar yang akan dikirim ke Yamamah. Nusaibah turut serta dalam pasukan itu, kemudian turut berjuang di medan perang. Kesungguhan beliau untuk memperjuangkan islam serta memerangi golongan nabi palsu sangatlah dikagumi.Beliau dengan beraninya memegang pedang di tangan kanannya dan tombak di tangan kirinya. Sedangkan bibirnya selalu meneriak dan menjerit memanggil, "Di mana musuh Allah, Musailamah?"

Tatkala Musailamah terbunuh dan pengikutnya berguguran bagai daun kering berjatuhan dari pepohon, bendera Islam makin berkibar tinggi. Nusaibah yang badannya penuh luka tetap berdiri tegak dengan pedang dan tombak yang berlumuran darah musuh-musuh Allah . Beliau terbayangkan wajah anaknya tercinta,Habib. Nusaibah seakan-akan melihat anaknya memenuhi semua ruang dan waktu. Setiap kali beliau memandang pada bendera kemenangan yang berkibar, beliau melihat wajah anaknya ikut berkibar dan tersenyum penuh kemenangan.

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

mp3 pLayeR

HYE!!!!