Sunday, 24 January 2010

JENIS-JENIS NAFSU

1. Nasfu Ammarah.
Adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.Mereka adalah dari golongan yang bersultan di mata dan beraja di hati.Mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu yang tunduk dan patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Nafsu ammarah tidak dapat dikawal dengan sempurna oleh hati. Sekiranya hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah kebijaksanaan dan akal, hati akan binasa. Justeru itu, seseorang itu mudah terjerumus ke arah perbuatan yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak mengikut sesuka hati, zalim serta pelbagai keburukan dan bencana kepada diri serta persekitaran. Susah nak tegur orang yang yang sebegini kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Keras kepala! Nafsu Ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah sebenarnya lebih rendah daripada binatang. Ini kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan manusia mempunyai akal. Minta Allah SWT jauhkan kita dari nafsu ammarah.

2. Nafsu Lawamah.
Adalah nafsu yang menyedari apabila melakukan kemungkaran.Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.Nafsu mereka selamat tetapi dalam bahaya.Mereka adalah golongan ahli neraka.

Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT. Orang sebegini memiliki jiwa menyesali perbuatan salah lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Contohnya:Semalam bila berdating, anda melakukan perkara yang tak elok di sisi agama dengan pasangan anda. Hari ini anda sedar anda silap kerana terlalu mengikut nafsu, lalu anda insaf dan bertekad untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang banyak dikuasai nafsu lawamah juga mudah membaiki diri dan mudah terima teguran orang lain. Ia juga tidak mudah hanyut dalam kesesatan yang membinasakan diri baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Selain dari itu, nafsu Lawamah juga sering memikirkan baik buruk, halal haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakan. Jelas nafsu Lawamah ini lebih baik dari nafsu amarah

3. Nafsu Marhamah.
Adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.Walaupun begitu, mereka masih mengkritik diri sendiri.Mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainah.
Adalah nafsu yang lemah lembut.Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.Mereka adalah wali kecil.Golongan ini adalah dijamin syurga.

Orang yang memiliki nafsu mutmainah dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Juga mereka mudah bersyukur dan qanaah di mana segala kesenangan hidup tidak membuat dia lupa diri, menerima anugerah Ilahi seadanya dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini disebabkan hatinya ada ikatan yang kuat kepada Allah SWT. Mereka juga mudah reda dengan ketetapan dan Allah SWT. Imam Al-Ghazali meletakkan nafsu ini di tahap yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Moga Allah SWT golongkan kita dalam nafsu yang hebat ini.

5. Nafsu Raudiah.
Adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk makrifat dengan Allah SWT.Mereka bergaul dengan orang ramai tetapi hatinya kepada Allah SWT semata-mata.Mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah.
Adalah nafsu yang sempurna, nafsu para-para nabi, rasul.

7. Nafsu Mardiah.
Adalah nafsu yang paling kemuncak. Nafsu yang paling di redhai Allah SWT.

Nobody trips over mountains. It is the small pebble that causes you to stumble. Pass all the pebbles in your path and you will find you have crossed the mountain.
-anonymous-

0 comments:

mp3 pLayeR

HYE!!!!