Lelaki idaman saya adalah… Seorang lelaki yang beriman… Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menjaga tuturkatanya… Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menghormati ibunya… Lelaki idaman saya… Sentiasa bersedia untuk menjadi imam… Lelaki idaman saya… Tidak pernah membazirkan masa… Lelaki idaman saya… Sentiasa mengingati mati… Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…
Dan dia ingin membawa saya bersama…
▪ happy HO ▪
9 years ago
3 comments:
saya doakan sahabiah sekalian mendapat pasangan yang dapat memimpin kalian ke mahligai di syurga nanti insyaAllah..
oo..betul3..
huhu...demanding da plak budak2 insyirah neyh..yeke? x dela sebijik cam dlm artikel tuh,cume memenuhi jgk la ciri2nya sedikit sebanyak,iA
p/s;sy juga mendoakn utk semua terutamanya yg berbadan segi empat tu..hik3
Post a Comment